Thursday, March 29, 2012

Menawan Puncak..

tgk tajuk x hengat.. naik tangga lalu menawan puncak gua ja pon.. tp yg pasti ia lagi tinggi dan lg adventure dr bukit malawati yg kat kuala selangor tu laa.. Gua Cenderawasih.. cantik ok kawasan ni.. sape2 yg datang perlis nak rase beriadah sila la berkunjung ke sini.. x jauh dari hotel seri malaysia..


masa ni baru lepas berkejar-kejaran dengan monyet.. x tau plak mereka agresif.. nak amik makanan kat tangan.. ms turun keta aku campak seplastik donat yg mana baru makan seketul jek donat tu.. acik siap campak seplastik goreng pisang yg banyak lagi ngan air soya sedap.. berebut ngan monyet punye pasal.. takut depa terkam kat tangan.. sampai hati kau monyet.. hoho..




mase ni masih menunggu en eddy.. tunggu punya tggu en eddy x sampai2.. aku ingat ni klas ganti ke ape ke..
dengan x sabarnye kami pon saje la try naik dulu.. sume x penah naik bukit ni.. dah sume pakat2 naik jd ramai la folo.. yg injured (kak mar) dan berkecuali spt oyah ngan firza je tggu kat bawah.. oh yee.. mane amran ngan zali..??





sori fiker.. x sengaja gambo jd gini.. td tenet putus pastu aku malas nak upload lain.. gambar mu dah byk pon dlm blog ni.. hu..










hentian pertama.. gigil kaki ok.. GIGIL.. fiker la paling gigil skali.. hoho.. tangga die ada yg curam, sangat kecik (setapak pon x sampai - siap kena senget kaki lagi) dan x rata.. dan paling cuak bile tangga xde pemegang.. 








dah sampai atas.. hentian kedua.. canti.. nampak kuala perlis.. tp x nampak plak mana langkawi??





ingatkan en eddy x datang.. rupenye dah sampai puncak ngan senior pj sem 3.. huhu..  kami la yg lambat smp rupenye.. siap main ngan monyet lagi sambil tggu en eddy kat bawah td konon-kononnye..


menawan puncak.. gambar blur.. gambar cantik belum dapat lagi.. 




dah turun.. ms turun x dan amik gambo sbb dah rase mabuk dok atas mengadap tangga yg curam muram halu pillus tu.. buat den nebeh.. tp bile dah sampai bawah rase nak naik lg.. mggu depan kite g lg ye rakan2.. ganti joging.. dah boring joging dlm ipg..

Monday, March 26, 2012

Kelas Pergerakan Asas 22.3.2012


Gimnastik Irama
Kelas gimrama hari ini belajar menggunakan bola dan juga tali.

Pelbagai teknik asas dalam memanipulasikan bola. Contohnya : melantun, mengguling, menghayun, melontar, membaling, menyambut yang mana pergerakan tersebut digubah mengikut kesesuaian muzik.















Tali yang digunakan berukuran berdasarkan saiz dan ketinggian gimnas. diukur dari tapak kaki hingga ke bahagian ketiak gimnas.










Berikut adalah contoh video yang boleh dijadikan panduan. Lentur la badan mak-mak orang pasni.. hohoho..
video
video
video

Friday, March 23, 2012

Kelas Pergerakan Asas 21.3.2012

Gimnastik Irama

Kelas hari  ini kami belajar gimnastik irama atau lebih dikenali dengan gimrama dengan menggunakan alatan riben dan juga gelung. Terdapat beberapa jenis pergerakan yang boleh dibuat menggunakan riben. Antaranya ialah big circle, figure eight, spiral, Z Z, snake dan juga libas. 


Big Circle


Big Circle atau bulatan besar ini boleh dibuat dengan hayunan tangan membuat pusingan atau  bulatan besar. Big circle ini boleh dibuat dihadapan, sisi dan juga atas. hayunan tangan perlu besar, kuat dan laju untuk mengelakkan riben bergulung atau terbelit pada badan.

Spiral (x pasti ejaan betul ke x..). Pusingan bulatan yang kelihatan seperti angin puting beliung kecil ini boleh dibuat  dengan menggerakkan pergelangan tangan membuat bulat. Ia berbeza dengan cara big circle di atas. Spiral boleh di buat di hadapan, sisi atau bergerak pelbagai arah. pergerakan perlu  mengelakkan riben terbelit dan kurangkan daripada terkena lantai.


Figure 8 (tiada gambar) juga dibuat seakan-akan big circle di mana boleh dihasilkan dengan penggunaan seluruh tangan. Pergerakan yang dibuat adalah membentuk nombor 8 baring. Boleh dibuat di hadapan dan juga sisi.
Snake boleh dibuat  dengan menggerakkan pergelangan tangan membuat seperti alunanSnake boleh di buat di hadapan, sisi atau bergerak setempat dengan badan membuat 1 pusingan sambil membuat snake. 
ZZ (tiada gambar) juga seakan-akan snake. Cuma berbeza untuk membuat ZZ hayunan tangan adalah dari atas. Jadi bentuk alunan Z akan kelihatan dari atas ke bawah.

Pergerakan libas pula adalah sama dengan cara melibas tali ke lantai.

Alatan seterusnya adalah gelung.


Pergerakan menggunakan gelung adalah sama dengan dengan cara manipulasi alatan gelung yang  telah dipelajari lebih awal. Kemahiran-kemahiran seperti memutar gelung, melambung dan menyambut serta menggolek boleh digunakan secara kreatif dalam gimnastik irama. Contohnya memutar gelung dengan tangan di atas kepala, di sisi, putar gelung sambil mengimbang badan, putar sambil tukar gelung dari tangan kanan ke kiri dan senbaliknya, putar gelung di pinggang, putar gelung di leher, putar kelung di lutut, putar gelung di pergelangan kaki, putar gelung sambil skip ke dalam gelung (seperti main tali skipping), putar gelung di lantai sambil berlari dan banyak lagi. 

Tuesday, March 6, 2012

Happy Besday Ain..

ain sudah 1 tahun.. rase macam baru je lagi.. baru je gaban anta g hospital.. masih segar bugar lg ingatan tgk muke gaban yg cuak nak anta bini die bersalin.. huhu.. kejap kan en suami masa berlalu.. ain sambut besday dgn mak tok yg mengasuh ain.. ibu x balik kg.. ayah pon keje.. sian ain.. next time ibu cuti kite ganti ye sayang.. uuuuu.. nape taip entry ni.. kan dah rindu rase nak balik..




Sunday, March 4, 2012

Ooii.. oiiii.. Buat esaimen ooooiiii..

kembar kelas kami..

adi.. nampak nau ko curik tulang..

tgk.. main msg ngan cik tunang..



esaimen punye pasal..

Saturday, March 3, 2012

Hati Ini Telah Bersatu..

Hati ini telah bersatu
Berkumpul di perut bumi-Mu
Hati ini telah berpadu
Bersatu memikul beban dakwah-Mu

Hati ini telah mengikat setia
Untuk mendaulat untuk menyokong
Syariat-Mu di alam maya
Maka Ya Allah eratkanlah
Ikatan yang ada

Kekalkan kemesraan yang ada
Tunjukkanlah jalan yang benar
Tunjukkanlah dengan cahaya-Mu
Tiada malap terangi alam-Mu

Hidup suburkanlah dengan makrifat-Mu
Tapi jika ingin mematikannya
Matikanlah sebagai syuhada'
Dalam perjuangan menegakkan agama yang mulia

Friday, March 2, 2012

K.O.T IPG..


kejohanan olahraga tahunan.. wa bizi x dan nak update banyak2.. sekadar kenang-kenangan bile wa dah grad nnt.. 

Thursday, March 1, 2012

Kelas Pergerakan Asas 1.3.2012

a picture speaks a thousand words... (kata-kata budak skola yg x sempat nak siapkan keje skola ni.. soon la update utk buku log..)