Thursday, July 9, 2020

Sesi Bergambar 2020..

Lama x letak gambar-gambar macam ni.. Mana tau, tahun ni last kat sini.. I ❤️ SKSA..







Tuesday, July 7, 2020

Review Casa Rabiah, Sijangkang, Telok Panglima Garang

Persekolah dah nak mula.. Jadi aku amik kesempatan cari tempat nak bawa anak3 pegi cari mood2 yang dah beterbangan.. bila lama terperap kat rumah, dari mak, sampai ke anak3 pun dah bertukar kaler hijau..

Nak pergi jauh2, rasa macam takde kesempatan.. Jadi kita cari yang dekat2 je lah.. Jimat masa.. Jimat tenaga.. Kalau nama pergi bercuti, aktiviti wajib anak3 mestilah mandi manda.. Tak kisah lah kolam ke.. Pantai ke.. Yang penting ada aktiviti mandi.. Wajib..

Tahun lepas deorang ikut nenek pegi terengganu.. Kemain pegi 4 hari kot.. Tapi xde plan mandi manda.. Udah balik tu menuntut pulak kat ibu.. Siap cakap dah pegi jalan2, tapi belum mandi kolam.. Anak.. Anak.. 😂

Balik pada cerita Casa Rabiah ni tadi.. Lokasinya dekat Sijangkang.. Lebih kurang sejam lah dari rumah aku.. Tgk iklan dari facebook senior skolah dulu share.. Mcm best pulak nak try rumah yg ada private pool sendiri.. Tengok gambar sendiri lah baru paham..
Ha.. Ni la view keseluruhan dari jalan.. Sebenarnya aku ni amik gambar sebelah tiang pintu gerbang dia sbb nak bagi nampak semua rumah.. 

Ni la penginapan kami.. Rumah yang ke 3.. CASA ARISYA.. Pintu kayu yang terbukak sikit tu lah pintu pagar masuk.. Rumah ni ada 4 bilik.. Tp aku sewa 1 bilik je.. 

Tadaaa.. Masuk je pagar jumpa kolam dulu.. Pintu utama tu sliding door tu.. Tu tingkap yang nampak langsir sebelah kipas tu lah bilik kami.. Anak2 x masuk lagi terus berenti kat kolam.. 

Ni bilik yang aku sewa.. Ada 1 katil pastu tambah tilam 2 dgn bayaran serendah rm10 utk 1 set tilam, bantal dan selimut.. Ada banyak pilihan bilik ikut lah kesesuaian keluarga.. 

Berangan banyak budak-budak ni.. 

Ni pulak ruang makan dan ruang tamu.. Tv kat ruang tamu besaq oooiih.. Ni kalau datang dengan keluarga besar ramai-ramai sewa 1 rumah, boleh bentang tilam kat depan tv tu.. Mesti ramai berebut tido depan tv.. 

Ni ruang dapur.. Peralatan dapur lengkap.. Sis bagi 5 bintang.. Sesuai dengan jiwa surirumah sis.. Ada periuk nasik, cerek air, pembakar roti, microwave.. Periuk n kuali besar nak masak atas dapur pun ada.. Dalam peti ais siap sedia air sejuk.. Terima kasih 😍

Ruang iron kat tepi tangga.. 

Ni pulak ada kat tingkat atas.. Ruang bbq.. Kalau nak guna boleh bgtau kat staff awal2..
Sakan berendam.. Kolam ni ada pagar.. Yang kecil ni sesuai untuk kanak-kanak dan baby.. 



Ni aku amik gambar dr tingkap bilik.. Luas kolam dia.. Puas hati sbb x share dengan sapa2.. 😁

Sambil sarapan sambil tengok duyung-duyung di kolam 😄

Sang ayah di luar.. 

Ni playground kat luar.. Tp anak3 x kesah ke playground ni.. Masing2 tak nak keluar kolam.. 😂
Dapat jugak amik gambar sekeluarga.. Terima kasih untuk servis 5 bintang.. Ada rezeki sis datang lagi.. Bawak lebih ramai ahli.. 



Jadi kalau korang rasa menarik, boleh la pegi tengok fb Casa Rabiah.. 

Best ke best sangat bila ko x share kolam dengan keluarga lain.. Aurat pun senang nak jaga.. Ko nak jadi mak ko hijau pun orang tak nampak 🤣

Makan pun tak susah.. En suami keluar sekejap je pagi beli roti canai untuk sarapan.. Agak2 malas keluar cari makan malam, food panda pun ada.. Senangggg.. 

Pastu ruang kat laman tu, aku rasa cukup luas untuk buat aktiviti sukaneka untuk family day.. Amik gambar pun mesti cantik.. 

Sekian saja cerita dari saya.. Moga murah rezeki nak pergi lagi..