Sunday, January 31, 2010

Abah 6..

aku..
semalam berduka..
hari ini.. aku gembira..
rasa bahagia.. (bila tgk mama & adik2 senyum je..)
rasa bersemangat.. (dah mula makan nasik 3 pinggan balik..hu..)
bersyukur.. (syukur kerana doa2 kalian dimakbulkan..)
30 januari 2010 (sabtu) ~ abah dah balik umah..
dah boleh duduk sendiri..
boleh makan minum sendiri..
makan pon dah banyak sket..
cuma x larat berjalan je lagi..
abah.. selamat kembali ke umah.. jgn dok hospital lagi yek..

* sakit abah yg dikenalpasti adalah = jangkitan kuman pada paru2.. (xde istilah nama penyakit)

* sok kami 1 family kena cek paru2 kat hospital.. coz ari tu org pejabat kesihatan dah datang umah n masa tu abah suspek tibi.. so kena g cek takut ade sape2 kena jangkitan tibi jgk..
(mm.. tp abah bukan tibi pon.. xpe laa.. mengikut arahan..)

Wednesday, January 20, 2010

Abah 5..

abah masih kat wad lagi.. doktor cakap x bleh kuar dalam mase terdekat ni lagi coz ubat yg doktor bg xde kesan plak pade kuman yang ade kat paru2 abah.. kuat btul kuman2 tu.. hari2 deorang (kuman2) pegi gym ke smp x lut ngan ubat..

abah (17 januari 2010 ~ ahad)
mase ni abah masih jaga2 & tdo2 ayam..
xleh nak celik mata sgt..
mybe ubat tdo mase kat ICU hr tu ade lg kot..


aku kat bawah jaga kanak2 yg xleh naik nih..


abah (20 januari 2010 ~ rabu)
abah nampak ok.. tp x larat nak bangun lagi..
tekanan darah masih tinggi.. nafas pon kena pakai oksigen lg..


disebabkan nafas masih pendek, doktor bagi alat senaman nih..
alat senaman pernafasan.. masukkan tiub dlm mulut n sedut..
ketiga2 bola mesti naik ke atas.. baru menunjukkan nafas ok..
tp abah sedut 1 bola je yg naik..
abah.. berusaha..

Monday, January 18, 2010

Merepek2..

waaa.. baru aku perasan menghitung hari tinggal 1 bulan 1 minggu 1 hari.. aaaa.. aku nebesssss.. w/pun bukan aku yang kena salam tangan tok kadi dan cakap "aku terima nikah bla bla bla bla..." takotnye.. ape pon x siap lagi.. camne nih..

* abah, abah cakap abah nak nikahkan kakak..
semuga abah cepat sembuh..

Saturday, January 16, 2010

Abah 4..

abah ~ 12 januari 2010

abah masuk ICU.. sebab doktor cakap ubat2 yg bagi pada abah sebelum2 ni xde kesan langsung.. pastu kat ICU nak sedut kahak sekali sbb banyak kahak n abah susah nak b'nafas.. kat ICU doktor tidokan abah.. tebuk sket kat leher sebelah kanan untuk masukkan tiub buang kahak..

abah ~ 13 januari 2010

hari kedua abah kat ICU, abah masih tido n x sedar.. pg tu doktor panggil mama n bgtau yg kahak abah x sebanyak yang dijangkakan.. ade sikit je kahak tp bile b'nafas bunyi berkahak yang banyak.. so doktor mintak permission nak x-ray abah pakai trowong x-ray (aku x tau nama mendealah nih).. coz nk tgk ape punca kuman merebak terlampau cepat kat paru2 abah..

ms abah memula masuk ICU, ada la sembang2 ngan 1 family ni (makcik yg husband dia pun masuk ICU jgk..).. kesah husband makcik ni memula masuk hospital sbb memang ade sakit darah tinggi la bagai.. pastu ade kaitan ngan paru2 jgk.. memula masuk wad biasa tp pastu masuk ICU coz nak buang kahak + mende2 lain la yg doktor nak buat.. bile masuk ICU mmg biase doktor akan tidokan pesakit (kalau pesakit tu sedar).. dah seminggu lbeh husband dia kat ICU.. keja2 doktor dah setel.. tapi husband makcik trus tdo x bangun2 w/pun doktor dah buang bius tido tu.. dan pakcik tu masih tido (koma) smp ke hr ini.. sian.. isteri n anak beranak pakcik ni sepanjang hari mesti ada tggu kat hospital.. makcik & anak2, sila tabah.. pakcik, semoga cepat sedar.. bila lama2 dok hospital, baru la aku tau bahawasanya ade keluarga yg menghadapi dugaan yang lbeh besar sebenarnya.. kita perlu redha, pasrah dan sentiasa berdoa..

masa lawatan kul 4.30 ptg, abah dah tukar katil.. kali ni dalam ICU tp dalam bilik.. sedih bila tgk mama b'cakap ngan abah (doktor suro slalu cakap ngan abah coz doktor cakap abah dengar w/pun die tido), nangis.. baca yasin, nangis.. baca doa, nangis.. b'cakap kat tipon, nangis.. sbb abah masih tido lagi.. makan pakai tiub.. b'nafas pakai wayar masuk kat tekak.. paling takut bila abah pun tido n x bangun2.. ms call adik aiman n dia dgr mama nangis kat tipon, dia pon nangis jgk.. sedih..

abah ~ 14 januari 2010

mase melawat mama masuk bilik abah n bagi salam.. tetiba abah celik mata.. alhamdulillah.. syukur sangat abah dah sedar.. tapi abah macam sedar2 ayam.. maybe ubat tdo masih ade saki baki.. doktor cakap kemungkinan besar abah kena tibi.. tp x kompem lagi..

abah ~ 15 januari 2010

abah dah kuar ICU.. dah masuk wad 4C.. wad biase kat bilik 4 org.. jap.. aku heran.. kalo tibi mesti abah kena kuarantin.. hmm.. tp hari ni abah nmpk mcm x selesa je.. x bleh nak tdo lena.. nape abah..? mungkin susah nak nafas kot.. sakit dada.. mungkin..

abah ~ 16 januari 2010

abah masih tdo2 n jaga2 ayam.. tapi nampak lebih lena dari semalam.. xde mcm gelisah2 lagi.. dah boleh makan bubur.. tapi masih x larat nak angkat badan sendiri (bangun untuk duduk).. td nurse cakap abah bukan kena tibi.. x pasti lagi.. cuma yg pasti ade kaitan ngan kencing manis, darah tinggi, buah pinggang ngan paru2 b'kuman.. xde pengesahan sakit ape sebenarnya.. pulak dah.. tp kaki abah dah kurus.. tangan pon same.. mybe sbb dah stop masuk air.. nurse cakap lagi, kalo ok maybe senin atau selasa abah dah boleh balik umah.. ;o) abah.. semoga cepat sembuh..

abah ~ 16 januari 2010
(dlm ICU xde gambar coz kena masuk selai sepinggang)



aku yg paling besar.. aiman yg paling kecik..
tp dlm gambar mesti aku yg paling kecik.. huhu..
aiman, jgn nagis lagi.. nnt k.long sedih..


* tima kasih kepada sume yang sudi melawat abah..
* tima kasih juga atas doa2 kalian sume.. x melawat pun xpe.. doa kalian cukup beerti buat kami sekeluarga.. syukran..

Monday, January 11, 2010

Pendaftaran Pa'an..

tadi aku, atok ngan entik g anta paan daftar kat ikm lumut (manjung).. lame dah aku x merayap kat manjung nih.. tempat merayap aku mase diploma dulu.. malas nak taip.. upload gambar je..

sila patuhi jadual..


sesi pendaftaran yg x busy.. bertenang aje..


atok yg temankan kami..


saya berikrar..
macam teringin nak jd student balik..


yey.. aku dapat masuk asrama lelaki..
see.. kipas dah xde penutupnye.. huhu..


entik & almari.. kecik giler..
nak nyorok dlm almari pon x muat..


paan.. blaja elok2 kat sini..
pastikan grad.. nnt mama ngan abah sdeh lagi..
sila berusaha..

Sunday, January 10, 2010

Abah 3..

alhamdulillah abah semakin sehat.. cuma masih berada di wad.. hospital sungai buloh.. mama jaga abah kat sane.. mama cuti lagi minggu ni.. jangan risau ye abah ngan mama.. hal2 umah bereh2 aje.. aku curik2 amik gambar abah.. seb baik kat dalam bilik.. kat hospital bleh amik gmbar ke x tah..

skang dah pindah wad 4C katil 24 (bilik 2 orang)..


abah ~ 8 januari 2010 (jumaat : 6.00 ptg)
nafas abah dah macam ok sket.. nampak x penat..
masih masuk air lagi.. sian.. tangan abah dah bengkak..


abah ~ 9 januari 2010 (sabtu : 5.00 ptg)
abah dah larat duduk kat kerusi.. bukak oksigen sat.. nafas ok mcm smlm..


abah ~ 10 januari 2010 (ahad : 12.30 tghari)
abah rqst kat doktor tanak pakai oksigen.. doktor bagi..
tempoh percubaan.. tp abah macam mula batuk & berkahak balik..

setakat ni belum ada pengesahan ape sakit abah.. doktor suspek denggi laa tibi laa.. yg pasti paru2 ada jangkitan kuman.. tp belum ada keputusan.. darah masih tinggi.. gula pun masih x stabil.. abah.. semoga cepat sembuh.. amin..

* adik aiman demam rindu abah ngan mama..

Iylia.. Selamat Bertunang..

selamat bertunang kpd rakan mxar cik iylia hani yang bertunang dgn pilihan hatinya.. sori liya.. aku x dapat lama kat kenduri ko.. pape pun tahniah..

sedang bersiap..


dengan aku..


tahniah..

Majlis 2009

ni majlis2 yg x sempat nak cite kat blog atas sebab2 yg x dapat dielakkan..

majlis perkahwinan pakcik (khair) & pasangannya liza..
tarikh : 26 disember 2009 (sabtu)
tempat : gombak

selamat pengantin baru..


tok ucu & ucu pompuan.. (bapa pengantin)


majlis pertunangan cik dayah taib (cinderella) GSTT..
tarikh : 27 disember 2009 (ahad)
tempat : sawah sempadan, tg karang

cikgu dayah yang cantik manis..


kami.. se'GSTT' pada 2009..


rempit..


rindu korang beb..


seterusnya majlis kecil-kecilan di rumah saya..
ni aku saje gedik letak.. sukati laa.. blog aku.. huhu..
tarikh : 24 september 2009

nebes.. nebes.. tahun ni lg la nebes.. adoi.. takut..


dengan mama..


ni dah abis nebes.. sekian.. tamat.. beng..!!!

Saturday, January 2, 2010

Abah 2..

abah ~ 1 januari 2010

aku ngan aki bawak abah g klinik.. klinik suro refer hospital sbb suhu badan abah tinggi sangat.. darah tinggi sangat.. degup jantung pun laju sangat.. badan abah panas sangat tp abah menggigil sejuk..

pegi hospital cuma cek darah (cek yg basic saje.. e.g nk tgk ade denggi ke x..) 3 jam lebih tggu deorang cuma bagi panadol & ors (air garam).. doktor cakap xde pape.. kami balik..

mlm td abah x lena tdo.. badan abah masih panas.. abah susah nafas sbb berkahak.. setengah jam sekali abah pegi bilik air.. abah jalan kena pimpin sbb abah mcm nak tumbang.. dalam keadaan macam ni pun abah masih ingatkan lagi hal anak2.. mula2 siang td abah tanak pegi hospital sbb nnt kakak x sempat nak pegi kenduri tok encik.. abah tanye pasal borang2 balqis nak masuk asrama x siap lagi.. abah tanya pasal kemah untuk kenduri nnt.. abah tanye opi bawak keta hantar atok ke sg buloh dah selamat smp ke belum.. sedih.. abah.. x yah fikir semua2 tu.. abah kena rehat..

abah ~ 2 januari 2010

aku & aki bawak abah pegi klinik lagi.. doktor suro refer hospital lagi.. doktor cakap sepatutnya abah kena masuk air.. sbb dalam badan abah dah kering sgt.. abah kurang air.. kalau mkn minum mesti muntah.. doktor suspek ade jangkitan paru2..

doktor klinik buatkan surat kpd hospital tg karang.. doktor ckp direct pegi je emergency.. sbb hospital ni adalah sangat lembap buat keje.. aku geram sbb smlm nape hospital x cek abis2.. buat keje nak x nak..

pastu ms aku smp hospital anta abah, ada sorang m.a (medical asst) cakap "eh.. ni bukan dah dtg ke hr tu..?" aku cakap "a'ah.. semalam.." m.a ckp lagi "bukan semalam dah cek darah ke..? ok kan..?" pastu die suro aku kuar.. aku sedih.. dah x terjawab.. nangis kat luar.. bongok.. ingat aku nak sgt ke anta abah kat situ.. kalau ade hospital swasta yg dekat kat sini, aku dah anta.. tapi abah x larat dok lama dlm kete..

12.30 tghari, abah kena tahan wad.. demam panas.. dah buat x-ray.. doktor cakap paru2 dah ada jangkitan kuman.. buah pinggang kering sikit.. darah tinggi abah naik.. kencing manis pun ada.. walhal sebelum2 ni cek abah x penah ada darah tinggi & kencing manis.. abah masih x boleh makan.. kalau makan mesti muntah.. suhu badan x turun2.. abah susah nak bernafas.. dah mula banyak kahak.. tapi abah x batuk.. susah nak buang kahak.. butiran perkataan abah dah x berapa jelas.. ya Allah.. berat dugaanmu.. abah.. kuatkan semangat..

MAYBANK.. I'm quit.. aku nak sama2 jaga abah.. x sampai hati nak tgk mama uruskan semuanya sorang diri.. esok dah mula sekola..

* alhamdulillah.. abah dah x lupa lagi.. abah ingat semuanya.. semoga abah cepat sembuh.. amin..