Monday, September 19, 2011

Maaf Encik Suami..

smp sekarang masih wujud perasaan bersalah.. hr 1st keje g inspection tanah pertanian ade ternakan ayam lalu terlanggar batu besar ms nak parking.. haihhh..

Monday, September 12, 2011

Puree Kurma..

pg ni ain makan puree kurma.. bgn2 tido rajin plak tetibe ibu nak buat puree kurma utk ain.. senang je rupenye buat puree ni..
memula kukus kurma yg dah dibuang biji & kulit smp lembut.. pastu blender.. siap.. sebelum bg ain makan ibu yg try dulu.. sedap jgk.. manis..
suke ain bile ibu suap sudu masuk dalam mulut.. slalu ibu asik tarik je mende2 yg die masuk mulut.. ibu buat 3 biji kurma td.. dah abis separuh.. disulam ngan air masak bg pakai sudu.. byk gak budak mulat ni makan.. luse ibu buat puree labu plak ye.. soon puree pisang.. puree carrot.. puree kentang.. doa2kan la ibu ain ni rajin masak.. huhu..

Interbiu & Interbiu..

aku kan xde keje.. jd keje aku skarang anta resume kat mane2 yg patut.. pastu sape yg panggil intebiu sume aku pegi.. main sebat jek.. tp baru2 ni terbukak hati nak join bidang hartanah kembali.. x kire kampeni besar ke kecik, sume aku anta resume.. ekceli sblm puasa dh g intebiu kt subang permai.. dah dpt ofer keje jual umah.. tp stat 1 okt.. takde hal la cepat ke lambat.. aku standby jek laa..

dan td.. ade lg 1 valuation kampeni panggil.. aku intebiu ngan prof rahman beb.. huhu.. jmp sapex smlm br tau company tu prof rahman punye.. mesti la ms nak intebiu td aku cuak sbb ms study dulu die suke tanye banyak2 soalan buat smp student cuak2 la x tau nak jawab.. tp td tadak tanye ape pon.. awak penah buat report? tau buat report kan..? dulu praktikal kat mane..? ade kenderaan? buleh g inspection sendiri..? puhhh.. lega.. x kesah la dapat ke x.. tp penat aku cuak nebes2 bedebar2 dalam hati.. siap x selera nak bekpes lg.. hoho..

tp rezeki intebiu aku thn ni sume mudah2 saje.. x mcm ms baru2 lps grad dulu kow2 punye soalan ms intebiu.. cume bile offer x bape menarik, tawaran2 keja terpakse ditolak.. owh.. agak sayang.. nnt kalo bebile rajin aku nak buat entri pasal soalan2 intebiu yg biase tanye laa.. kacang jek kalo soalan2 wajib tu.. same je sume kampeni pon.. maklum laa.. aku ni kaki g intebiu.. keje nye tak jgk.. diulangi.. kalo aku RAJIN.. huargghhh.. ngantok.. nak join ain tido..

Sunday, September 11, 2011

Saturday, September 10, 2011

ain.. ibu sedih.. susu ibu dah xde utk ain.. ibu sgt2 down..

Friday, September 9, 2011

Ibu Sedang Gigih & Bersemangat Nak Masak Untuk Ain..

Panduan menyediakan makanan kepada bayi.

1. Garam, gula atau sebarang perasa tambahan adalah dilarang untuk ditambah ke dalam sebarang makanan bayi berusia bawah 18 bulan kerana organ dalaman bayi masih belum bersedia untuk memproses bahan-bahan tersebut. Walaubagaimanapun, sekiranya bayi telah berusia 1 tahun, anda boleh memberi anak anda sekadar merasa makanan orang dewasa seperti kek, muffin, ayam goreng, atau puding. Ingat, sekadar merasa tetapi bukan untuk kenyang.
2. Hanya 2 keping ikan bilis sahaja yang diperlukan sebagai perasa bagi bubur bayi. Ikan bilis tersebut bolehlah digoreng tanpa minyak, ditumbuk dan tabur dalam bubur bayi anda.
3. Buah-buahan citrus seperti oren, anggur dan limau tidak digalakkan diberi kepada bayi berusia bawah 1 tahun. Begitu juga dengan yogurt dan telur.
4. Buah tembikai adalah buah yang baik dan boleh diberikan kepada bayi mengikut cara yang sesuai. Begitu juga dengan keledek dan labu.
5. Air yang ditapis (bukan mineral water) adalah lebih baik diberikan kepada bayi dibandingkan dengan air yang tidak ditapis.
6. Air teh dan kopi tidak dibenarkan diberi kepada anak berusia bawah 4 tahun.
7. Bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya, masa yang paling sesuai untuk mula makanan ialah ketika berusia 6 bulan manakala bayi yang menyusu formula, bergantung kepada kehendak bayi (4-6 bulan). Ada pelbagai tanda yang ditunjukkan oleh bayi seperti sentiasa lapar dan tidak cukup dengan hanya menyusu dan mengecap seolah-olah ingin merasa apabila melihat orang makan.
8. Bagi memperkenalkan bayi tentang cara makan, ketika bayi berusia 5 bulan, anda boleh mula makan di hadapan bayi. Bayi anda akan menonton anda makan dan sekaligus akan faham apa yang anda lakukan.
9. Semasa memberi makan kepada bayi, pastikan anda menunjukkan muka yang gembira dan jadikan aktiviti makan sebagai sesuatu yang menyeronokkan dan bukan paksaan. Sebaik-baiknya, anda juga turut makan sedikit makanan tersebut kerana bayi akan mengikut apa yang ibu/ bapanya lakukan.
10. Makanan yang diawet seperti fruits puree yang boleh didapati di pasar raya adalah tidak sesuai diberi kepada bayi kerana mengandungi bahan pengawet yang tinggi. Jangan terpedaya dengan label makanan yang menyatakan ‘no preservative’ atau ‘no sugar added’.
11. Untuk menghilangkan bau hanyir pada ikan, perap ikan dengan asam jawa selama 15-20 minit dan basuh ikan sebelum disediakan sebagai makanan bayi.
12. Gunakan minyak bunga matahari, carotine atau minyak zaitun bagi makanan bayi kerana ia lebih berkhasiat berbanding minyak biasa.
13. Untuk memastikan bayi tidak allergy kepada sejenis makanan, cuba beri bayi makan dalam kuantiti yang sedikit selama 4 hari berturut-turut terlebih dahulu bagi melihat kesannya kepada bayi.
14. Cara yang paling baik memasak makanan bayi ialah dengan api yang kuat tetapi sebentar.
15. Ibu/ bapa perlu kreatif dalam menyediakan makanan bayi.

Peringkat pemakanan bayi

Peringkat 1 (5-7 bulan)
• Pada peringkat ini, makanan yang paling sesuai diperkenalkan ialah buah-buahan. Buah-buahan yang sesuai ialah seperti epal, pear, tembikai, pisang, betik, mangga (pastikan tidak ada serat yang diberikan sekali dengan cara menapis buah mangga terlebih dahulu).
• Beri bayi satu jenis buah atau satu tekstur buah yang sama pada satu masa sahaja supaya bayi boleh memahami rasa dan tidak keliru.
• Buat permulaan, beri bayi makan sehari sekali (lunch- antara 11.30 hingga 12.30 tgh). Kemudian boleh ditambah kepada 2 kali sehari (lunch dan dinner- antara 5.30 – 6.30 petang). Selepas dari waktu tersebut, tidak perlu beri makan kepada bayi, memadai dengan susu sahaja.
• Cara penyediaannya fruit puree ialah seperti berikut:
1. Potong buah kepada kiub-kiub kecil dan rebus atau steam buah-buahan tersebut sekejap sahaja (1-2 minit).
2. Lenyekkan atau blender buah.
3. Buat permulaan, beri bayi makan 2,3 sudu sekali makan sahaja dan tambahkan sedikit demi sedikit pada hari berikutnya.

Peringkat 2 (8 – 11 bulan)
Bentuk makanan yang sesuai adalah sayur-sayuran seperti bayam, saleri (boleh membuatkan makanan menjadi wangi dan menyelerakan) sawi, carrot, brokoli, labu, keledek dan kentang.
Boleh beri bayi makan campuran sayur-sayuran yang direbus atau di steam sahaja atau boleh juga ditambah ke dalam bubur nasi.
Pastikan sayur-sayuran tersebut separuh masak sahaja bagi memastikan vitamin dan khasiatnya tidak hilang.
Ikan bilis, ayam atau ikan salmon juga boleh ditambah ke dalam bubur. Pastikan bubur dilenyek atau diblender terlebih dahulu.

Peringkat 3 (12 – 18 bulan)
Pada peringkat ini, air kopi, teh, dan kekacang masih belum sesuai diberi.
Jus buah-buahan yang segar seperti oren atau apple boleh diberi kepada bayi tetapi pastikan dicampur dengan banyak air masak.
Yogurt buah-buahan bukan citrus boleh mula diberikan kepada bayi sebagai campuran ke dalam fruits puree atau dimakan begitu sahaja semasa tea time.
Apabila bayi mencapai usia setahun, bilangan waktu makannya bertambah kepada 4 kali (breakfast, lunch, tea dan dinner).

Contoh makanan yang sesuai:
• Breakfast (7.30 – 8.30 pagi): Sekeping roti bakar @ cereal+susu (nestum, cornflakes)
• Lunch (11.30 – 12.30 tgh): Nasi panas+sayur yang dipotong halus+ikan salmon @ ayam
• Tea (3 – 4 ptg): Fruits puree + yogurt
• Dinner (6 – 6.30 ptg) : Keledek + kentang + carrot + daun saleri yang direbus sekejap, digaul bersama dan dilenyek.

Sumber dari: susuibu.com

Thursday, September 8, 2011

Cucu Atok..

ain madihah ni kan.. mmg la cucu atok sgt.. hari2 yg wajib jmp muka ibu, muka atok ngan muka nenek.. jd ngan 3 org ni jek la kalo die nampak die wajib senyum.. dgn yg lain2 kadang2 die jual mahal sket.. lagi2 kalo mood nak tido die dtg, x bleh org sentuh langsung.. menjerit sesaje la die..
hari2 atok die wajib dukung bawak jalan2 kat beranda umah nun.. jd asal nampak atok die jek dah pandai demand mintak atok dukung.. kalo atok x angkat, mau die jerit2 smp ke sudah.. seb baik la bukan pesen menangis.. sejak lepas raya ni, atok ain sakit pinggang.. x bape sehat.. x larat nak dukung ain cam biase.. kalo dah duduk tu, atok nak bangun pon susah.. sian atok.. cucu atok ni plak dah 8.2kg..

yg aku perasan, dlm sebulan (akan ade 2 3 kali) ain buat perangai bangun tgh2 malam nak main.. tp tanak main ngan ibu die.. punye la die jerit2 tunjuk protes.. last2 bagi kat atok die trus diam.. senyum jek main2.. nak atok jgk yg layan die.. dah 2 hari ni pon same jgk.. mlm kelmarin bgn tgh malam nak dukung ngan atok.. sian.. atok x larat.. letak kat pangku atok pon jd la.. senyap.. pastu semalam ptg, x nak ibu die tidokan.. menjerit2 dalam buaian x mo tido.. last2 atok die nak tidokan, atok dok dpn buaian je trus senyap.. siap senyum ye bdk kecik tu.. atok buai trus jek tido.. haiyyyoo.. camne kalo kite pindah umah ain.. cucu atok ni..

Wednesday, September 7, 2011

Ain 6 Bulan..

td ain g klinik utk check up 6 bulan.. berat sudah 8.2kg.. makin berat makin asik mintak dukung.. tgn ibu sudah jd tgn besi.. seb baik umah kite bukan banyak tingkat.. mau fengsan.. sbb tu bile ayah ain balik kena sub dukung ain kat ayah saje.. dapat la tgn ibu rehat sebentar.. hehe.. ms cucuk td seb baik x nanges.. pasni buleh la nenek tlg bawak g klinik kalo ibu keje.. sbb pasni tggu umur setahun baru cucuk lagi.. xde la ibu risau ain nanges.. ain kalo nanges ain mesti cr ibu.. ibu susah hati nnt..
baik saje dok di car seat die.. siap tido lg mase otw balik dr klinik.. padahal 1 km je pon sayang ooiii dr klinik ke umah tu..

sume gambar ain mase raya.. mahalnye la senyum ain tu.. ms raya2 muka die kelat saje.. tp pantang dpt duit raya.. suke.. tp sume masuk mulut.. smp lunyai la angpow raya tu kat tangan die..

Anyam Ketupat..

tahun ini turn beraya di umah mertua.. tiap2 tahun beraya umah mertua dulu pon i xkesah.. i kan nak jd isteri yg solehah.. untung gaban.. hahaha.. kat umah mertua aku ketupat anyam sendiri.. amik kau.. biase kat umah mama pakai ketupat segera adabi saje.. siap buleh pilih nak yg besar ke yg kecik.. masuk jek la dalam air panas 2 jam.. siap.. sejukkan pastu potong2 makan.. senang btul keje org skarang..
ketupat dah siap.. nape kat umah mama x buat ketupat..?? aaa.. jawab.. jawab..
mesti la sbb kami (termasuk nenek, mama, aku & adik beradik sume) x reti anyam ketupat.. hahaha.. sila kagum ngan en suami saya sbb die pandai anyam ketupat.. aku?? mestila tgk jek.. gaban ade ajar tp bile buat 1, x jd trus malas.. hehe.. tadak usaha sungguh2 langsung..

Monday, September 5, 2011

Raya 2011 bersama Ain Madihah

Selamat Hari Raya semua.. tahun ni raya spesel sket sebab thn ni beraya bersama Ain Madihah..
haaa.. tahun lepas raya berdua tahun ni raya bertiga.. tahun depan raya berempat? haippp.. owh tidak..
Tahun ni tak banyak rumah kami pergi sebab waktu untuk berziarah terpaksa comply dengan jadual tido budak kecik nih.. huhuhu.. macam ni rupenye raye ada anak kecik..
Walaupun tak pegi byk rumah..tp kami tetap gembira sbb setelah bertahun tak dapat duit raya akhirnya dapat semula tahun ni.. (wakil bg pihak ain... hihihihi)
ape la ain.. gambar2 raya ain sume muke ketat2 saje.. asal nak kuar beraya mase tu la die nak tido.. haiihh budak kecik..