Thursday, September 6, 2012

Hey Liyana Adnan..

GADIS APAKAH INI.. baca la.. menyentap perasaan seorang guru.. yang bukan guru juga mungkin terasa.. buat dosa kering orang yg membaca.. kalaulah kita dapat bertentang mata.. siapa kamu? kamu dah kawin? kamu ada adik beradik? kamu ada anak? anak kamu bakal ke sekolah x? owh.. lupa.. hinanya guru di sekolah.. kamu kaya.. kamu engineer.. tp kalau kamu kaya sekali pun, panggil orang yang mengajar anak kamu di rumah, siapakah gerangan yang mengajar itu? bukankah itu juga namanya CIKGU..??? cikgu yang pada pandangan mata kamu sangat hina.. hina sangat..

kamu tahu cikgu pendidikan khas? kamu ada anak atau adik beradik yang tergolong dalam OKU? kamu tahu macam mana cikgu di sekolah pendidikan khas? hmm.. kamu x terfikir itu.. x mungkin kamu nak bergaul dengan mereka..

rumah kamu pernah blackout? apa rasanya.. susahkan pakai lilin.. kamu tahu x berapa ramai cikgu yang dihantar ke pedalaman.. sabah.. sarawak.. kawasan orang asli.. kamu pernah pergi? owh.. kamu kaya.. untuk apa pergi sana.. cikgu-cikgu itu, walaupun x suka.. walaupun x rela.. tiada elektrik.. tiada telefon.. tiada internet.. tiada kenderaan.. tiada jalan raya.. yang ada jalan hutan dan jalan balak.. kamu tahu perasaan mereka? tinggal berjauhan dengan anak isteri dan keluarga.. jumpa sekali sekala.. owh.. kamu x tahu.. kamu engineer yang kaya duduk di bandar.. kamu pergi kerja naik kereta.. sentiasa dapat berjumpa keluarga.. kamu tahu risiko hidup di hutan? 

hmm.. x payah la saya tanya yang lainnya.. kamu x kan paham selagi kamu tidak berada di tempat kami.. kamu tetap kamu liyana adnan..

7 comments:

  1. Assalamualaikum,
    Nak tambah ,
    (1)GURU yg utama & pertama adalah kedua ibu bapa. Kalau cara GOBLOK dia tulis tu nampak sah mmg tak menghargai serta biadap keterlaluan terhadap warga guru. Kesimpulan pertama bole dikatakan yg dia tak hormat ibu bapa nya. Anak durhaka?? Wallahualam
    (2)Sy juga seorg Engineer lulusan luar negara lagi. Jgn disebabkn status engineer tu menyebabkn seorg tu TAKABUR, lupa diri. Sebaliknya ianya akan lebih mendekat lg kita dgn ALLAH swt. Kita dpt tahu ttg kebesaran Allah yg mmg Maha Hebat
    (3)Sesorg tu tak akan memahami tugas seorg guru sehinggalah mrk jadi guru atau mempunyai suami/isteri seorg guru. Nampak mata kasar mcm senang. Ceburkan diri dulu baru tahu. Mcm kita tgk perlawanan bola. " Hek eleh, depan gol pon tak bole masuk". Cuba le masuk , baru tau. Talk is cheap
    PS: Isteri saya seorg guru. Cuti2 sekolah pun sibuk menanda kertas soalan, preparae kertas soalan. sampaikan balik kg pon bawa kerja nya sekali.
    (4)Mmg ada yg benar apa yg ditulis eg. adanya SEGELINTIR yg memberontak , buat bisnes dll. Tapi jgn di'standardise'kan statement tu. Nnti ada yg cakap "LIYANA TU AMIK RASUAH" psl adanya Engineer yg makan rasuah tidak bermakna semuanya dpt hukuman yg sama.
    (5)Tahukah umum bahawa mengikut kajian ramai antara profession perguruan ni stress. STress krn kalau keputusan budak merudum, kena jawab dgn Pengetua, Pen Kanan, Ketua Bidang, Pejabat Pendidikan, Jab Pelajaran dll
    (6) Reply
    ceyana_adnanDecember 12, 2011 8:01 PM

    nape saya tanak jadi cikgu?sebab saya rasa saya tak layak pun jadi cikgu.better saya jadi engineer macam sekarang. gaji pun ok je..memang lan penat lebih dari cikgu, tapi at least ilmu saya berkembang..tak de la macam cikgu..ajar bio...reti biologi je..fizik tak retiii pun..kan?
    Reply
    Kenyataan Dungu seorg Engineer??? Sy pertikaikan dia sebagai Engineer. Kalau seseorg tu Jurutera Mechanical, dia akan belajar dan pakar dlm hal2 mekanikal, begitu juga dgn Jurutera Elektrikal, Jurutera Civil dll.
    (7) Sy sarankn sape yg kenal kat Liyana ni , suruh dia pi SCAN otak dia , takut ada virus BIADAP, virus TAKABUR, virus UJUB yg dah menjangkiti. Boleh berubat & bertaubat sebelum terlambat.

    ReplyDelete
  2. By the way, Tanjung Karang tu ialah kampung org rumah saya.

    ReplyDelete
  3. kerana seorang engrs seperti ceyana adnan yang bongkak semua engrs menjadi marah...aku hormat sapa sahaja yg bekerja even cleaner yg penting rezeki nya halal....jgn jadi kacang lupakan kulit ceyana ..aku cikgu seni pn nampak mcm senang..kalau bab2 kecerian sekolahletak atas bahu aku..buat mural waktu ptg n hujung minggu x kisah pn..x prnh terfikir pasal rugi keja aku hujung minggu x dibayar oleh kjaan...srnok tgk sekolah aku cantik..ceyana oh ceyana ...aku ni cikg seni je..sure ko x pandang..hu..hu..

    ReplyDelete
  4. SALAM.ermm kalo nk cerita pasal susah keje ni..mmg la semua keje susah.cuma silap liyana ni mgkin dia dikelilingi oleh guru yg sebegitu.ramai lagi guru yg ikhlas menjalankan tugas dan berjaya dlm tugas mendidik anak bangsa.sy sorg tentera.bkn engineer,guru atau manager.tugas sy pon sama kena pegi kawasan pedalaman,berjauhan dgn anak isteri.tinggal dlm hutan dan byk lagi la.,byk gak suara sumbang yg ckp tentera ni x de perang.so xde keje..habiskan duit kerajaan.tp disebalik tu siapalah yg tahu perit getir sbg tentera yg dihantar ke misi bergadai nyawa padahal anak2 masih kecil.jadi cukup2 la kita persoalkan kerjaya siapa yg lagi mulia dan lebih susah.pada saya semua kerja yg halal itu mulia dan mulia juga di pandangan Allah.biarla apa org kata..secara peribadi guru ni harus dihormati.tanpa guru siapalah kita skrg ni.jgn lupa utk sentiasa doakan yg baik2 utk guru kita .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kita kena hormat semua orang waemah org angkat sampah sapu jalan sekalipun krn tanpa mrk, kita ke yg nak bersihkan sampah tu. Kita ni semua saling perlu memerlukan.

      Delete
  5. Kisah si Liyana ni sbb dia x tau dunia cikgu sebenar... apa yg dia nmpk hanya segelintir... bak kata pepatah.. kerana nila setitik.. rosak susu sebelanga... Oleh tu, para guru sekalian jom sahut cabaran Liyana, tunjukkan bahawa guru adalah mulia...

    ReplyDelete
  6. saya percaya guru2 di SBP tak begitu.. masing2 botak kepala fikir cara tersendiri untuk bantu pelajar from zero to hero. malah berkesan.!!

    ReplyDelete