Wednesday, July 10, 2013

Safety Belt @ Tali Pinggang Keselamatan Anakku..

(sumber gambar : gugel)

bile tgk gambar dia atas adakah anda rasa kesematan anak anda terjamin? aku dah lama nak buat entry ni tp asik la terlupa.. nak kate bz buat esaimen, itu sume sudah berlalu.. hehe.. bahagia okeh zaman esaimen dan stadi nak exam sudah tiada.. tp boring gak kadang2 dok umah jek.. tp xde la dok umah semata.. tipu la.. kaki rayau sekali sekala merayau gak cuci mata dengan anak dara kecik tu.. haa.. berbalik kepada tajuk asal.. sang2 ibu lain muka mesti ada jugak yg mengahadapi masalah sama ngan aku.. lebih2 lagi ibu2 yg slalu merayap dengan anak kecil tanpa di bawa oleh en suami ataupon membawa assisstant utk tolong pegang baby.. masa ain masih baby aku rasa sgt senang la nak bawak ain ni naik keta.. paling x aku kena tahan telinga jek dgr dia nangis dlm car seat die.. tp bile dah besar n pandai merayap n panjat memanjat ni, dah mula pandai x nak duduk kat car seat.. owh ye.. car seat yg masa baby aku pinjam dr kakak ipar.. pakai lebih kurang setahun lebih saje pastu x leh pakai dah sbb x muat..





pastu aku saje la try x pakai tali pinggang.. pegi tg karang jek.. dekat pon.. sbb aku tgk bdk2 kecik lain umur setahun pon ade yg x pakai tali pinggang steady jek mak pak die.. konon2 dekat ngan umah.. itu pon pada hari kejadian hr percubaan pertama ain x pakai tali pinggang dan budak kecik tu tertonggeng ke depan siap kepala sampai terhantuk kat radio gara2 emergency break.. maaf anakku.. ms tu aku rasa aku sebagai ibu mmg agak cuai dengan keselamatan anak.. haaa.. gelabah x gelabah aku ms tu.. trus gugel cr alternatif tali pinggang keselamatan untuk kanak2.. ye la.. aku pikir nak beli car seat yg untuk umur 2 tahun smp 5 tahun mesti mahal gile.. x mampu le saya.. sekali gugel aku terjumpa 1 blog yang cerita pasal die beli tali pinggang ni kat "Anakku".. laju2 esoknye pegi "Anakku" dan beli tali pinggang keselamatan itu dengan harga lbeh kurang rm80 kalo x silap.. alah membeli menang memakai.. tali pinggang ni boleh pakai sampai sekolah rendah la aku rasa kalo badan kanak-kanak si pemakai kecik.. masa mula2 beli mmg nangis2 la budak ni x nak pakai tali pinggang.. sbb x biasa.. car seat dah lain pulak.. tp lama2 ok sebab nak berjalan punya pasal.. bak kata mama "utamakan keselamatan anak.. biar anak tu menangis sekarang.. drp mak nya yang menangis akan datang".. jadi.. renung-renungkan dan selamat beramal.. 


Child Car Seat

Safety belt..


Tali pinggang keselamatan yang selesa..



sehingga hari ini saya sangat berterima kasih kepada blog tersebut dan "Anakku" kerana anda amat membantu saya.. tp dah lupe link blog tu.. jd aku buat entry ini dengan tujuan memudahkan ibu2 lain di sana yang menghadapi masalah yang sama dengan saya.. harap2 bile anda gugel dan terbaca blog saya, anda juga dapat menyelesaikan masalah anda..

2 comments:

  1. thanks minah..esok laju2 aku gi beli 2 terus!! :)

    ReplyDelete
  2. hihihi.. ingatkan nak cuba macam gambo yg 1st tu,hu2

    hai.. salam kenal,
    follower no.20
    done follow sini,
    jom follow teman yea yunk..=)

    http://tengkubutang@blogspot.com/ -->(official)
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/ -->2nd blog

    ReplyDelete