Monday, December 12, 2016

LANGKAWI 2016

Setelah sekian lama tidak mengapdet pasal kejadian-kejadian di sekeliling.. maka hari ini aku kembali menulis.. rindu weh nak menulis.. tapi kekangan masa selalu membantutkan niat.. mak mak sangat kehidupan aku skrg.. jadi masa berbloging agak terhad.. rindu menulis.. rindu memori daun pisang tatkala membaca balik post2 lama.. walaupon rutin kehidupan aku sangat mak mak.. tapi jiwa aku masih seperti dulu.. muahahaha..

ok ok.. berbalik pada tajuk dia atas.. lama dah ku pendam hajat nak membawa anak pinak ke langkawi.. sikit sebanyak nak berkongsi gambar di sini..

alkesah.. gerak seawal 6.45 pagi dari teluk intan (umah kakak ipar).. konon nak gerak malam tp x kesampaian sebab drebar2 x cukup rehat.. sabtu kenduri umah mama.. adik aku opi kawen.. ahad kenduri umah abang ipar.. anak buah bertunang.. mlm tu nak gerak mmg x larat.. smp jeti kuala perlis dh kul 12.30.. dapat tiket kul 2.. pastu ekon kt tempat menunggu tak berfungsi.. orang ramai ya ampunn.. fuhhhh.. anak2 mmg dah lemau.. ainul meragam x yah cite la.. dalam feri ainul siap muntah lagi.. x selesa dah dia.. elok sampai langkawi, ain siap cakap ain dah x nak datang langkawi.. hahaha.. ni la anak2 x penah jalan jauh.. kampung pon dekat sejam dah sampai..

tp alhamdulillah lps dapat makan semangat balik budak2.. owh lupa.. percutian ni kira 3 family.. sewa homestay rm300 sehari utk 3 keluarga dan ada 3 bilik.. dpt sekali 2 keta.. rasa berbaloi dan selesa.. duduk 3 hari 2 malam..



ni la homestay kami kat sana.. belakang is sawah padi.. x jauh dari tempat makan.. sebelah ni ada kedai makan n kedai dobi layan diri.. makan pon sedap.. mmg best.. sampai2 je kami terus p makan.. pastu terus p tgk haiwan2.. apa nama tempat tu lupa dah.. tgk gambar je la.. best sbb dapat bagi haiwan2 makan.. tiket pon murah x semahal zoo negara..















tamat cerita day 1.. malam tu kami p makan pestu trus singgah dataran lang sesi bergambo..

hari kedua awal2 pagi kuar nak pegi naik kabel car.. rasa kuar abis awal dah.. pegi bekpes, pastu terus g cari tiket kat kabel car.. sampai kul 9.30 pagi.. sekali tu dia.. ramainya oranggggg.. kakak ipar p beratur dapat tiket kul 11 pagi.. sementara tunggu turn boleh masuk beratur tu kami p merayap d kedai2 sekitar.. mujur ada jgk yg menarik perhatian bdk2 ni.. boleh naik jambatan gantung.. naik flying fox.. bagi ikan makan kat tasik.. 





pastu kul 11 kami beratur utk naik kabel car.. ingat boleh terus naik.. rupanya sesi beratur = 1 jam baru dapat naik.. ini lah penangan cuti sekolah merangkap cuti umum.. hoho.. ainul udah meragam sebab lapa dan penat.. smp atas ada kiosk boleh beli coklat.. bagi kanak2 makan bg ada tenaga n cergas.. hasilnya.. mmg sangat cargas.. hehe.. 

satu2nya gambar dalam cable car yg aku jumpa..








lepas naik kabel car terus g cari bot nk g tasik dayang bunting.. ainul siap tido sejam dalam bot.. otw pegi n kat tasik tu dia boleh tido dengan lenanya.. balik dari tasik singgah bg helang makan.. pastu singgah 1 pulau ni bg kanak2 mandi.. ainul siap "yak" kt pulau tu.. huhu.. punya serasi.. ☺ pastu monkey curik makanan kami.. siap curik berger pastu bukak berger tu n makan depan kami.. amboi2.. x dah muka bersalah langsung.. perjalanan hari ke 2 tamat dengan turun dari bot jam 7.30 mlm.. toilet jeti pon dah tutup.. haha.. malam tu sume fengsan awal.. tp ainul sorg cargas tanak tido sbb dia dah tido sejam dlm bot.. huhu








hari ketiga iaitu hari last, kami kuar pagi utk bekpes trus check out dan bersoping.. tp aku xde kehendak sgt nak bersoping bagai.. sbb mmg niat nak berjalan n bercuti sakan.. jd beli cekelat je la.. selamat duit.. haha.. sebelum soping tu sempat singgah makan mahsuri.. nampak sgt lama x dtg.. dah lebih sistematik kawasan ini.. banyak lagi tempat x pegi.. sebenarnya kalau nak pegi langkawi ni dah berniat nak jelajah seluruh langkawi, 3 hari 2 malam adalah tidah cukup.. sebab kebanyakan aktiviti lebih sesuai dijalakan pada sebelah pagi.. sekian.. tq en suami kerana dapat cuti.. nge.. dengan harapan lenkali boleh dapat cuti2 lagi.. ❤

No comments:

Post a Comment