Saturday, January 16, 2010

Abah 4..

abah ~ 12 januari 2010

abah masuk ICU.. sebab doktor cakap ubat2 yg bagi pada abah sebelum2 ni xde kesan langsung.. pastu kat ICU nak sedut kahak sekali sbb banyak kahak n abah susah nak b'nafas.. kat ICU doktor tidokan abah.. tebuk sket kat leher sebelah kanan untuk masukkan tiub buang kahak..

abah ~ 13 januari 2010

hari kedua abah kat ICU, abah masih tido n x sedar.. pg tu doktor panggil mama n bgtau yg kahak abah x sebanyak yang dijangkakan.. ade sikit je kahak tp bile b'nafas bunyi berkahak yang banyak.. so doktor mintak permission nak x-ray abah pakai trowong x-ray (aku x tau nama mendealah nih).. coz nk tgk ape punca kuman merebak terlampau cepat kat paru2 abah..

ms abah memula masuk ICU, ada la sembang2 ngan 1 family ni (makcik yg husband dia pun masuk ICU jgk..).. kesah husband makcik ni memula masuk hospital sbb memang ade sakit darah tinggi la bagai.. pastu ade kaitan ngan paru2 jgk.. memula masuk wad biasa tp pastu masuk ICU coz nak buang kahak + mende2 lain la yg doktor nak buat.. bile masuk ICU mmg biase doktor akan tidokan pesakit (kalau pesakit tu sedar).. dah seminggu lbeh husband dia kat ICU.. keja2 doktor dah setel.. tapi husband makcik trus tdo x bangun2 w/pun doktor dah buang bius tido tu.. dan pakcik tu masih tido (koma) smp ke hr ini.. sian.. isteri n anak beranak pakcik ni sepanjang hari mesti ada tggu kat hospital.. makcik & anak2, sila tabah.. pakcik, semoga cepat sedar.. bila lama2 dok hospital, baru la aku tau bahawasanya ade keluarga yg menghadapi dugaan yang lbeh besar sebenarnya.. kita perlu redha, pasrah dan sentiasa berdoa..

masa lawatan kul 4.30 ptg, abah dah tukar katil.. kali ni dalam ICU tp dalam bilik.. sedih bila tgk mama b'cakap ngan abah (doktor suro slalu cakap ngan abah coz doktor cakap abah dengar w/pun die tido), nangis.. baca yasin, nangis.. baca doa, nangis.. b'cakap kat tipon, nangis.. sbb abah masih tido lagi.. makan pakai tiub.. b'nafas pakai wayar masuk kat tekak.. paling takut bila abah pun tido n x bangun2.. ms call adik aiman n dia dgr mama nangis kat tipon, dia pon nangis jgk.. sedih..

abah ~ 14 januari 2010

mase melawat mama masuk bilik abah n bagi salam.. tetiba abah celik mata.. alhamdulillah.. syukur sangat abah dah sedar.. tapi abah macam sedar2 ayam.. maybe ubat tdo masih ade saki baki.. doktor cakap kemungkinan besar abah kena tibi.. tp x kompem lagi..

abah ~ 15 januari 2010

abah dah kuar ICU.. dah masuk wad 4C.. wad biase kat bilik 4 org.. jap.. aku heran.. kalo tibi mesti abah kena kuarantin.. hmm.. tp hari ni abah nmpk mcm x selesa je.. x bleh nak tdo lena.. nape abah..? mungkin susah nak nafas kot.. sakit dada.. mungkin..

abah ~ 16 januari 2010

abah masih tdo2 n jaga2 ayam.. tapi nampak lebih lena dari semalam.. xde mcm gelisah2 lagi.. dah boleh makan bubur.. tapi masih x larat nak angkat badan sendiri (bangun untuk duduk).. td nurse cakap abah bukan kena tibi.. x pasti lagi.. cuma yg pasti ade kaitan ngan kencing manis, darah tinggi, buah pinggang ngan paru2 b'kuman.. xde pengesahan sakit ape sebenarnya.. pulak dah.. tp kaki abah dah kurus.. tangan pon same.. mybe sbb dah stop masuk air.. nurse cakap lagi, kalo ok maybe senin atau selasa abah dah boleh balik umah.. ;o) abah.. semoga cepat sembuh..

abah ~ 16 januari 2010
(dlm ICU xde gambar coz kena masuk selai sepinggang)



aku yg paling besar.. aiman yg paling kecik..
tp dlm gambar mesti aku yg paling kecik.. huhu..
aiman, jgn nagis lagi.. nnt k.long sedih..


* tima kasih kepada sume yang sudi melawat abah..
* tima kasih juga atas doa2 kalian sume.. x melawat pun xpe.. doa kalian cukup beerti buat kami sekeluarga.. syukran..

1 comment:

  1. minah n family,
    be strong..
    semoga bapamu cepat sembuh..
    aminnn...

    ReplyDelete