Friday, March 23, 2012

Kelas Pergerakan Asas 21.3.2012

Gimnastik Irama

Kelas hari  ini kami belajar gimnastik irama atau lebih dikenali dengan gimrama dengan menggunakan alatan riben dan juga gelung. Terdapat beberapa jenis pergerakan yang boleh dibuat menggunakan riben. Antaranya ialah big circle, figure eight, spiral, Z Z, snake dan juga libas. 


Big Circle


Big Circle atau bulatan besar ini boleh dibuat dengan hayunan tangan membuat pusingan atau  bulatan besar. Big circle ini boleh dibuat dihadapan, sisi dan juga atas. hayunan tangan perlu besar, kuat dan laju untuk mengelakkan riben bergulung atau terbelit pada badan.

Spiral (x pasti ejaan betul ke x..). Pusingan bulatan yang kelihatan seperti angin puting beliung kecil ini boleh dibuat  dengan menggerakkan pergelangan tangan membuat bulat. Ia berbeza dengan cara big circle di atas. Spiral boleh di buat di hadapan, sisi atau bergerak pelbagai arah. pergerakan perlu  mengelakkan riben terbelit dan kurangkan daripada terkena lantai.


Figure 8 (tiada gambar) juga dibuat seakan-akan big circle di mana boleh dihasilkan dengan penggunaan seluruh tangan. Pergerakan yang dibuat adalah membentuk nombor 8 baring. Boleh dibuat di hadapan dan juga sisi.
Snake boleh dibuat  dengan menggerakkan pergelangan tangan membuat seperti alunanSnake boleh di buat di hadapan, sisi atau bergerak setempat dengan badan membuat 1 pusingan sambil membuat snake. 
ZZ (tiada gambar) juga seakan-akan snake. Cuma berbeza untuk membuat ZZ hayunan tangan adalah dari atas. Jadi bentuk alunan Z akan kelihatan dari atas ke bawah.

Pergerakan libas pula adalah sama dengan cara melibas tali ke lantai.

Alatan seterusnya adalah gelung.


Pergerakan menggunakan gelung adalah sama dengan dengan cara manipulasi alatan gelung yang  telah dipelajari lebih awal. Kemahiran-kemahiran seperti memutar gelung, melambung dan menyambut serta menggolek boleh digunakan secara kreatif dalam gimnastik irama. Contohnya memutar gelung dengan tangan di atas kepala, di sisi, putar gelung sambil mengimbang badan, putar sambil tukar gelung dari tangan kanan ke kiri dan senbaliknya, putar gelung di pinggang, putar gelung di leher, putar kelung di lutut, putar gelung di pergelangan kaki, putar gelung sambil skip ke dalam gelung (seperti main tali skipping), putar gelung di lantai sambil berlari dan banyak lagi. 

3 comments:

  1. ingatkan balek, ade entri psal ain..huhuu. bz bebeno cikgu minah ni..hehehee..

    ReplyDelete
  2. ha.. ate mmg bz kemain x sempat2 nk apdet blog pasal ain..

    ReplyDelete
  3. thanks really useful.. susah dpt info esp bergambar ttg pnp gimnastik.. nak kena ajar gimnastik tp tadke idea.. belek2 sini cerah otak.. thanks

    ReplyDelete