Saturday, May 30, 2020

VIRUS COVID-19

Ada apa tahun ni.. Tahun ni ada virus.. Virus yang tular ke seluruh dunia..

Setakat hari ni, kita di Malaysia ni sedang menjalani kehidupan dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).. PKP ni mula berkuatkuasa sejak 13 Mac 2020.. Dan tak tahu bila akan berakhir.. 

Macam- macam kisah.. Banyak nak cerita.. Nantilah aku cari balik yang orang taip post kat facebook, aku up kat sini.. Untuk memori akan datang.. 

Monday, May 25, 2020

Aidilfitri 2020 vs COVID-19

Ni aku kopipes dari post2 yang viral kat group2 wsp.. Sekadar menyimpan memori kelainan sambut raya tahun 2020 ni..

#kredituntukpenulisasalyangtaktahusapa

Nak Pesan Dua Tiga Ribu Patah...

Ada kelonggaran tak semestinya kita ambil peluang.
Ya... Boleh beraya tak lebih 20 orang.
Boleh beraya dalam daerah.
Tapi saya harap sebelum keterujaan kita terpa raya rumah orang.
Apa kata kita buat ulangkaji sikit.

1. Rumah yg nak dituju ada warga emas tak?
Ada anak syurga?
Ada pesakit jantung, darah tinggi atau kencing manis?
Ada pesakit kanser atau buah pinggang?
Ya... Check dulu.
Sebab mereka berisiko tinggi.
Jangan sebab kita datang, entah mungkin ada virus, mereka yg baik-baik duduk rumah jadi mangsa.

2. Call dan tanya tuan rumah.
Sudi terima tetamu tak.
Jangan terjah raya.
Sebab ada org dia memang jaga tak pernah keluar rumah.
Tapi tetamu ada depan pintu dia pun serba salah.
Jangan ingat semua org seronok sangat nak raya macam kita.

3. Fikir tentang duit raya dan sampul.
Mana kita dpt duit dan sampul, susah nak cakap.
Sampul raya kita serah pd anak kecil dan warga emas
Sampul bertukar tangan.
Mana ada masa nak cuci dengan Clorox atau Dettol kan.
Jadi... Fikir-fikirkanlah.
Logik tak beri duit raya tahun ini.

4. Tuan rumah kena jujur.
Pahit nak tolak tetamu tapi letakkan keselamatan anak kecil dan warga emas dlm rumah anda sebagai keutamaan.
Jangan sebab nak jaga hati org yg datang.
Kita abaikan apa yg seharusnya kita jaga.
Biar orang kata kita overacting.
Asal kita bertanggungjawab.
Menjaga rumah dan org org yg kita sayang.
Nak mudah... Letak saja sign depan rumah.
Tulis, "Maaf... Rumah ini tak dapat terima tetamu." Orang pasti akan faham.

5. Kita tak mati kalau tak ziarah raya tahun ini.
Tapi ramai yg boleh mati jika kita sudah tersilap langkah.
Kita dalam perjalanan menuju garisan penamat.
Jangan kerana nafsu meraja...
Kita gagalkan semua usaha.

Duduk sejenak...
Fikirkan...
Akal ini bukan untuk kita simpan.
Semoga Allah menjaga kita semua.
🀲🏼🀲🏼🀲🏼


Tahun ni kita raya waktu raya pertama saja.. 

Friday, May 22, 2020

Bakar kek dalam periuk..

Oven rumah mama rosak.. Jadi keinginan buat kek tu mmg tinggi lah bila pkp duduk lama kat rumah kan.. Jadi aku terai lah masak kek dalam periuk.. Boleh rupanya oihh.. Jadi sangat.. Dah bape kali dah aku terai buat kek ni.. Semua jadi..

Tapi kek mudah je lah.. Guna resipi 3.2.1.1.. 3 telur.. 2 cup tepung naik sendiri.. 1 cup gula.. 1 cup planta.. Mula-mula blender gula dan planta sampai kembang.. Pastu masuk telur 1 per 1.. Blender lagi.. Pastu masuk tepung.. Gaul- gaul pastu blender sikit.. Tak lama sangat.. Owh lupa.. Perasa tu boleh letak apa2 je.. Esen vanila 1 sudu kecil.. Atau parut kulit oren 3 biji.. Atau 2 sudu besar serbuk koko.. Atau apa-apalah perasa yang nak.. Lepas tu boleh la masuk dalam periuk.. Bawak periuk tu aku alas kertas a4 putih..

Masukkan kek dalam periuk.. Yg ni tadi adunan kek tu aku bagi 3 bekas.. Lepas tu letak pewarna.. Letak dalam periuk guna sudu kat tengah-tengah periuk.. Selangselikan warna.. 

Tutup periuk.. Aku lapik periuk dengan tudung periuk lain.. Pastu guna api kecil.. 

Pastu bila dah naik tinggi dan agak masak (ni lebih kurang 45 minit ke 1 jam juga), aku keluarkan kek tu balikkan atas pan pula.. Sbb kan guna api bawah saja.. Jadi bahagian atas kek agak basah.. Aku suka garing.. Lepas balik ni, biasa aku tunggu 30 minit je paling lama.. 

Tadaaa.. Kek dah siap.. Sapa kata xde oven x boleh buat kek oihhh.. 


Friday, May 1, 2020

Motivasi Diri.. Emosi Tak Stabil?

Dalam hidup kita.. Tak semua kisah hidup akan jadi sentiasa gembira.. Akan ada juga peristiwa sedih.. Luka.. Duka.. Kecewa.. Sentap.. Makan Hati..

Ini tak semestinya untuk pada pasangan sahaja.. Tapi juga orang lain di sekeliling kita.. Jiran.. Kawan.. Keluarga dekat.. Keluarga jauh.. Bau-bau bacang.. Malah musuh juga.. Eh.. Boleh ke ada musuh 🀣

Boleh hayati perasaan itu.. Tapi.. Tapi.. Tapi.. Tak usahlah dilayan rasa negatif itu terlalu lama.. 

Kita tak boleh ubah diri orang lain.. Hati orang lain.. Minda orang lain.. Cara orang lain..

Tapi..

Kita boleh ubah diri kita.. Hati kita.. Minda kita.. Cara kita.. 

Gembiralah untuk diri kita sendiri.. Gembirakan hati kita.. Ubahlah minda kita.. Ubahlah cara kita.. Jika bukan diri sendiri, siapa lagi nak belai- belai hati kita..

Kan kan kan..

Mcm motivator tak aku.. Hehe.. Yay.. Berjaya update blog guna henpon.. Tak ku tahu boleh rupanya.. 🀣