Friday, May 1, 2020

Motivasi Diri.. Emosi Tak Stabil?

Dalam hidup kita.. Tak semua kisah hidup akan jadi sentiasa gembira.. Akan ada juga peristiwa sedih.. Luka.. Duka.. Kecewa.. Sentap.. Makan Hati..

Ini tak semestinya untuk pada pasangan sahaja.. Tapi juga orang lain di sekeliling kita.. Jiran.. Kawan.. Keluarga dekat.. Keluarga jauh.. Bau-bau bacang.. Malah musuh juga.. Eh.. Boleh ke ada musuh 🤣

Boleh hayati perasaan itu.. Tapi.. Tapi.. Tapi.. Tak usahlah dilayan rasa negatif itu terlalu lama.. 

Kita tak boleh ubah diri orang lain.. Hati orang lain.. Minda orang lain.. Cara orang lain..

Tapi..

Kita boleh ubah diri kita.. Hati kita.. Minda kita.. Cara kita.. 

Gembiralah untuk diri kita sendiri.. Gembirakan hati kita.. Ubahlah minda kita.. Ubahlah cara kita.. Jika bukan diri sendiri, siapa lagi nak belai- belai hati kita..

Kan kan kan..

Mcm motivator tak aku.. Hehe.. Yay.. Berjaya update blog guna henpon.. Tak ku tahu boleh rupanya.. 🤣

No comments:

Post a Comment