Kadang kadang..
Aku ke sekolah penuh semangat..
Laju melangkah kaki..
Dengan niat..
Mahu mengajar..
Mahu mencorak..
Mahu mendidik jiwa-jiwa kecil..
Mahu mendengar cerita-cerita mereka..
Cerita yang tulus dan ikhlas..
Cerita yang mungkin mengajar aku..
Bagaimana menjadi guru..
Kadang-kadang..
Aku..
Mahu menjayakan tugas yang digalas..
Mahu menegur apa yang salah..
Mahu memarahi bila patut marah..
Mahu mendenda dengan sepatutnya..
Tapi kadang-kadang..
Ada suara membantutkan..
Semua..
Semua yang aku rasa..
Bukan halusinasi..
Tapi suara realiti..
Usah disentuh anak didikmu..
Usah dimarah anak jagaanmu..
Usah didenda anak muridmu..
Usah.. Jangan.. Biarkan..
Lalu kadang-kadang..
Perasaanku.. Semangatku..
Terkubur sepi berdiam diri..
Kisah aku seorang guru..
Kembalilah wahai semangatku..
Semangat sorang guru..