Sunday, December 19, 2021

Abah dan Buah Pinggang

 14 Disember ~ abah ada check up di klinik warga emas macam biasa.. Balqis wsp dalam group family.. Doktor kata buah pinggang abah dah tahap 4.. Kalau tahap 5, buah pinggang abah kena dialisis..

Rasa macam jam berhenti berdetik.. Sedih x terkata.. X terluah kat sapa2.. 

Abah x rasa sakit ke? Ke abah sakit tapi abah tahan.. X bagitau kami semua? Banyak betul soalan timbul.. Doktor ni cakap sahih ke..? Kenapa dah tahap 4 baru tau.. Sebelum ni check up setiap bulan xde kesan ke?

*Mama pesan jangan tanya apa2 kat abah.. Tp abah nampak diam sangat.. dan aku tau mama pun mcm hilang separuh nyawa dengar berita ni.. 

Tapi mama macam biasa.. Sakit.. Sedih x pernah tunjuk.. Nangis x pernah depan anak2.. Jarang.. Boleh kira dengan jari berapa kali nampak mama nangis..

19 Disember ~ aku berani kan diri tanya abah..

"Abah sakit tak abah.. Sakit kat mana2.. Kat pinggang ke?"

Dengan nata bergenang abah jawab..

"Takde.. X sakit apa2 pun.. Bila doktor bagitau pasal buah pinggang ni, rasa nak menangis.. Abah cuba nak tenang-tenang.. Tapi teringat juga yang doktor cakap..

Mama x tau ni.. Kalau mama tau, mesti mama dah bising tanya2.." 

*abah risau pasal dialisis.. Abah risau kos nak berubat.. 

😭 Abah.. Kami semua tau abah.. 😭 Abah tenang2 je.. Kami cuba yang terbaik untuk abah.. Bergolok bergadai pun kakak sanggup abah.. Kasih sayang dan pengorbanan abah x terbalas dari kakak kecik, sampai kakak dah tua ni..

Kakak lewat bangun subuh, abah yang kejut.. 😭

Kakak ulang alik bawak anak2 naik kereta, selagi x sampai selagi tu abah tanya..

Kerja kakak macam mana.. Bila menantu abah kursus lama, abah akan tanya risaukan kakak dan anak2..

Menantu abah kursus naik apa.. Kursus kat mana.. Dah sampai ke belum.. Abah tanya.. Walau xde henpon.. Soalan tu abah tanya bila kakak balik kampung.. 😭

Kuat ya abah.. Kita harung sama-sama..

Ya Allah.. Ampunkan dosa ibu bapaku.. Mudahkan urusan mereka.. Tempatkan mereka di syurga.. Aminnn.. 

Friday, December 17, 2021

Dalam Hidup Kita..

Kita boleh buat apa kita suka..
Orang boleh buat apa orang suka.. 

Kita hormat apa orang suka..
Orang hormat apa kita suka.. 

Jangan rasa diri kita baik..
Jangan rasa orang lain tak baik..

Jangan fikir hidup kita bagus.. 
Jangan fikir hidup orang buruk..

Jangan nilai orang dari luaran.. 
Sebab luaran bukan cermin dalaman.. 

Hanya kita tahu diri kita..
Hanya orang tahu diri orang.. 

Kita akan mula berbuat jahat bila kita rasa diri kita baik..