Monday, August 3, 2020

Little Chef..

Ibu simpan gambar kat sini sbb dalam hp nyaris hilang.. Tahun ni umur ain 9 tahun.. Moga dapat jadi kerjaya minat kakak ain ni..❤️ dari ibu yang garang..

Antara kek yang ain pernah buat.. Rasa semua sedap walaupun yang awal2 tu xde rupa 😂














Thursday, July 9, 2020

Sesi Bergambar 2020..

Lama x letak gambar-gambar macam ni.. Mana tau, tahun ni last kat sini.. I ❤️ SKSA..







Tuesday, July 7, 2020

Review Casa Rabiah, Sijangkang, Telok Panglima Garang

Persekolah dah nak mula.. Jadi aku amik kesempatan cari tempat nak bawa anak3 pegi cari mood2 yang dah beterbangan.. bila lama terperap kat rumah, dari mak, sampai ke anak3 pun dah bertukar kaler hijau..

Nak pergi jauh2, rasa macam takde kesempatan.. Jadi kita cari yang dekat2 je lah.. Jimat masa.. Jimat tenaga.. Kalau nama pergi bercuti, aktiviti wajib anak3 mestilah mandi manda.. Tak kisah lah kolam ke.. Pantai ke.. Yang penting ada aktiviti mandi.. Wajib..

Tahun lepas deorang ikut nenek pegi terengganu.. Kemain pegi 4 hari kot.. Tapi xde plan mandi manda.. Udah balik tu menuntut pulak kat ibu.. Siap cakap dah pegi jalan2, tapi belum mandi kolam.. Anak.. Anak.. 😂

Balik pada cerita Casa Rabiah ni tadi.. Lokasinya dekat Sijangkang.. Lebih kurang sejam lah dari rumah aku.. Tgk iklan dari facebook senior skolah dulu share.. Mcm best pulak nak try rumah yg ada private pool sendiri.. Tengok gambar sendiri lah baru paham..
Ha.. Ni la view keseluruhan dari jalan.. Sebenarnya aku ni amik gambar sebelah tiang pintu gerbang dia sbb nak bagi nampak semua rumah.. 

Ni la penginapan kami.. Rumah yang ke 3.. CASA ARISYA.. Pintu kayu yang terbukak sikit tu lah pintu pagar masuk.. Rumah ni ada 4 bilik.. Tp aku sewa 1 bilik je.. 

Tadaaa.. Masuk je pagar jumpa kolam dulu.. Pintu utama tu sliding door tu.. Tu tingkap yang nampak langsir sebelah kipas tu lah bilik kami.. Anak2 x masuk lagi terus berenti kat kolam.. 

Ni bilik yang aku sewa.. Ada 1 katil pastu tambah tilam 2 dgn bayaran serendah rm10 utk 1 set tilam, bantal dan selimut.. Ada banyak pilihan bilik ikut lah kesesuaian keluarga.. 

Berangan banyak budak-budak ni.. 

Ni pulak ruang makan dan ruang tamu.. Tv kat ruang tamu besaq oooiih.. Ni kalau datang dengan keluarga besar ramai-ramai sewa 1 rumah, boleh bentang tilam kat depan tv tu.. Mesti ramai berebut tido depan tv.. 

Ni ruang dapur.. Peralatan dapur lengkap.. Sis bagi 5 bintang.. Sesuai dengan jiwa surirumah sis.. Ada periuk nasik, cerek air, pembakar roti, microwave.. Periuk n kuali besar nak masak atas dapur pun ada.. Dalam peti ais siap sedia air sejuk.. Terima kasih 😍

Ruang iron kat tepi tangga.. 

Ni pulak ada kat tingkat atas.. Ruang bbq.. Kalau nak guna boleh bgtau kat staff awal2..
Sakan berendam.. Kolam ni ada pagar.. Yang kecil ni sesuai untuk kanak-kanak dan baby.. 



Ni aku amik gambar dr tingkap bilik.. Luas kolam dia.. Puas hati sbb x share dengan sapa2.. 😁

Sambil sarapan sambil tengok duyung-duyung di kolam 😄

Sang ayah di luar.. 

Ni playground kat luar.. Tp anak3 x kesah ke playground ni.. Masing2 tak nak keluar kolam.. 😂
Dapat jugak amik gambar sekeluarga.. Terima kasih untuk servis 5 bintang.. Ada rezeki sis datang lagi.. Bawak lebih ramai ahli.. 



Jadi kalau korang rasa menarik, boleh la pegi tengok fb Casa Rabiah.. 

Best ke best sangat bila ko x share kolam dengan keluarga lain.. Aurat pun senang nak jaga.. Ko nak jadi mak ko hijau pun orang tak nampak 🤣

Makan pun tak susah.. En suami keluar sekejap je pagi beli roti canai untuk sarapan.. Agak2 malas keluar cari makan malam, food panda pun ada.. Senangggg.. 

Pastu ruang kat laman tu, aku rasa cukup luas untuk buat aktiviti sukaneka untuk family day.. Amik gambar pun mesti cantik.. 

Sekian saja cerita dari saya.. Moga murah rezeki nak pergi lagi..


Wednesday, June 24, 2020

Hari Pertama Persekolahan PKPP



Selamat bekerja dalam norma baru.. 🤩

Monday, June 22, 2020

Kek by kakak Ain lagi..

Balik dari kampung, masuk je rumah, gigih anak dara sorang nak buat kek.. Nak bagi ayah rasa.. Resipi kek biasa je tp letak dalam cup.. Dan tambah 3 sudu susu cair.. 

Hasilnya.. Kek gebuusss 😍😍😍

Sunday, June 21, 2020

Selamat Hari Bapa..

Cantikkan.. X pernah mengecewakan cistat u dayahhh.. 😘😘😘 sangat.. 

Ini abah.. Abah aku 1 dalam sejuta.. Aku cerita sikit je apa yang abah buat untuk 1 hari ni.. Aku bangun pukul 5 pagi nak pegi toilet, abah dah ada kat dapur.. Lap pinggan dan tgh nak basuh baju kat mesen basuh.. Sambil masak air..

Biasanya subuh tu dah ada 1 jag air teh panas, walaupun xde sapa balik.. Abah basuh baju sapa? X payah tanya.. Abah akan basuh je baju sapa2 je yg ada kat tepi mesen tu.. Gambar yang aku amik tu jam 3 petang.. Abah basuh baju cucu dan tengah sidai baju.. Bukan sapa2 suruh atau anak2 x nak basuh.. Tapi abah dah mmg macam tu..

Kadang ingat abah rehat tido tghari.. Tp rupanya ada kat bawah ke kat luar ke buat apa2 kerja.. Aku pun x terbuat macam tu.. Aku pun x gagah nak buat air di subuh hari.. Kadang tu tido balik pun selalu.. Huhu.. Ni baru cerita untuk hari ni.. Aku dah hidup 37 tahun.. Banyak sgt pengorbanan abah kan.. Tak terungkap.. Tetiba sedih.. Sobss.. Tak terbalas jasa2 abah.. Semoga abah dikurniakan kesihatan yang baik.. 

Ini pulak ayah pada anak3.. Walau kerja tak tentu masa.. Walau masa cemburukan kita.. Ayah ini dah cuba melakukan yang terbaik untuk anak3 tercinta.. Sobs.. Ini pun sedih juga.. Semoga kasih sayang kita sekeluarga diberkatiNya.. 

Saturday, June 13, 2020

Ain buat kek dalam periuk lagi..

Ain nampak minat juga ke dapur.. Asyik la suruh ibu buat kek.. Ibu pulak sejenis bukan rajin selalu.. 😂 Maka ibu berhajat besar kalaulah ain boleh buat kek sendiri.. Hehe..

Hari ni kali kedua ain buat kek.. Kali pertama ibu banyak campur tangan.. Kali kedua ni, dia sedia semua bahan-bahan kek.. Ingat formula 3.2.1.1.. Pastu ibu ckp je nak buat apa dulu.. Nak blender lama mana.. Dengan tlg bakar.. Lain semua dia buat.. Good job kakak.. Kali ke 7 nanti ibu serah je dapur tu kalau nak buat kek.. Basuh sekali ya.. 😁

Kakak buat 2 warna saja.. 

Dah letak atas api.. Dah mula nampak kek naik.. 
Tada.. Kek dah siap masak.. Lupa nak amik gambar masa dah terbalikkan atas pan tadi.. 2 jam baru siap.. Api terkecik sangat pulak tadi.. 

Jadi la kakak.. Corak kek.. Masa letak adunan kek tadi bebel2 mulutnya cakap ala.. Ain salah letak.. Tak jadi la nanti.. X lawa kek.. Macam mana ni ibu.. 😅

Rangup di luar.. Lembut di dalam.. 

Tuesday, June 9, 2020

Beliau dan Durian..

Amboi abang.. Kemainnn.. Jangan lupa next time bawak kami pulakkk cari derian..


Monday, June 1, 2020

Misi cat rumah..


Sedang cabut wallpaper kaison berharga rm19.90 segulung.. Dinding ni pakai 3 gulung lebih tak silap.. Umurnya dah 5 tahun lebih.. Dah mula terkopek2.. Sedih.. Kenangan.. Ni la hiasan pertama setelah masuk rumah ni.. Tu pun setelah beberapa tahun duduk.. 
Dalam proses.. Plan asal hitam putih belang2.. Pastu susahnyaaa nak buat line bg sama saiz.. Bagi lurus.. Last2 buat 2 line jelah.. 


Guna cat gold ni.. 

Hasil pertama.. X puas hati 😭😭😭

Buat pulak kerja2 tambahan.. Kalau x jadi ni minggu depan aku nak cat balik semua putih 😅

Hasil terakhir.. Boleh lah.. Tp nampak mcm skema pun ada tang line tu 😅.. Apapun terima kasih paksu..

X puas hati.. Tambah line sikit lagi 😂