Monday, February 27, 2012

saya sedang sebok mengadap esaimen.. tp saya angau.. weng weng weng..

Sunday, February 26, 2012

Dear Mr Gaban.. ~ 27 Feb 2012






u make me cry..


u make me fly..


u make me melt......




ehem.. en gaban.. hadiah yg dijanjikan..??

Friday, February 24, 2012

Kanak-kanak PJ Pantang Jumpa Camera..


di rumah kami adalah mak bapak pada kanak-kanak.. tp di sini kami pula menjadi kanak-kanak.. weeeee.. 













Kelas Pergerakan Asas 23.2.2012 (2)

Setiap pelajar membaling belon ke dalam gelung mengikut kumpulan masing-masing.


Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan. Setiap ahli kumpulan perlu membilang nombor 1 - 5. Apabila nombor disebutkan pemegang nombor tersebut akan membaling belon. Kumpulan yang belonnnya masuk paling banyak dalam gelung dikira pemenang.
Membaling belon melepasi ketinggian tali untuk memasukkan belon ke dalam gelung.


Pelajar dibahagikan kepada kumpulan merah, biru, kuning dan hijau. 2 otrang wakil setiap kumpulan akan masuk bermain dalam gelanggang. permainan seakan-akan bola baling.
Gol yang menjadi sasaran adalah gelung-gelung yang telah diletakkan di tengah-tengah. Gol (gelung) adalah mengikut warna kumpulan masing-masing. Sekiranya rumah kuning mahu menjaringkan gol, mereka perlu membaling belon ke dalam gelung berwarna kuning. Begitu juga dengan yang lain. 



Permainan berbentuk sasaran juga. Setiap pemain akan mendapat 1 gelung kecil. pemain pertama akan  membaling gelung kecil di kawasan tengah. Kemudian pemain lain akan cuba mendapatkan gelung kecil milik pihak lawan dengan cara membaling dan gelung itu perlu berada di atas (walaupun sedikit) gelung pihak lawan. Bila bertindih, pemain boleh mengambil gelung pihak lawan. Akhir permainan, kira kumpulan mana yang dapat mengumpul gelung yang paling banyak.

Kelas Pergerakan Asas 23.2.2012 (1)


Kelas hari ini berkaitan topik "Teaching Game for Understanding" (TGfU) ~ Model Bunker & Thorpe.

Pada tahun 2004, Webb and Pearson telah mengkategorikan permainan kepada 4 kategori utama :
1. Target
2. Striking / Fielding
3. Net / Wall
4. Invasion

Pelajar dibahagikan kepada 4 kumpulan mengikut kategori permainan di atas. Setiap kumpulan perlu mencipta 1 permainan baru mengikut kategori masing-masing.

Permainan 1 : Target ~ menempatkan objek pada sasaran atau mendekati sasaran untuk mendapatkan mata. Contoh : bowling, archery, golf.

Permainan dinamakan Memburu Ketam
Terdapat 2 kumpulan yang terlibat dalam 1 gelanggang. 1 kumpulan akan menjadi sang ketam berada  di tengah-tengah.  Kumpulan lawan pula akan berada di luar gelanggang (arah depan dan belakang sahaja ~ tidak boleh di tepi gelanggang). 4 biji bola besar akan digunakan untuk digolek ke arah sang ketam di dalam gelanggang. Sang ketam boleh mengelak (dengan cara bergerak mengesot kaki ke kiri atau ke kanan ~ di atas garisan sahaja. Sang ketam tidak boleh berlari)

Permainan 2 : Striking / Fielding ~ Perlawanan yang melibatkan 2 pihak. Mengumpul mata melalui larian yang selamat dan berjaya selepas pukulan dalam masa atau pusingan yang ditetapkan. Contoh  : baseball, softball, criket.
Terdapat 2 kumpulan. 1 kumpulan akan menampar bola kemudian pemukul akan lari 1 pusingan melalui kon-kon yang telah ditetapkan.  


Sementara itu pihak lawan yang berada di luar gelanggang akan menangkap bola untuk dimasukkan ke dalam lubang tayar. Wakil pihak lawan yang dibenarkan berada dalam zon tayar hanya 2 orang. Dalam zon tayar pemain tidak dibenarkan berlari sambil membawa bola (mesti passing kepada kawan yang dekat dengan tayar, atau baling bola terus untuk masuk ke dalam lubang tayar.

Pihak lawan yang berada di luar gelanggang pula akan menyabut bola menggunakan kain. Sekiranya bola dapat disambut dengan kain, maka pemukul dikira mati dan tidak boleh lari. 

Permainan 3 : Net / Wall ~ permainan dimainkan antara jaring atau atas dinding. Mengumpul mata melalui menghantar objek ke gelanggang pihak lawan dengan syarat objek tersebut tidak dapat dihantar balik dalam kawasan gelanggang. Contoh : badminton, squash, tennis, ping pong etc.


Permainan bola tampar ala paralimpik ini menggunakan ruang yang kecil sahaja.  Bilangan pemain adalah 4 atau 3 sebelah. Kon dan  kayu di tengah-tengah menjadi net pemisah antara kedua-dua pihak lawan. Pemain tidak boleh berganjak dari tempat duduk asal (pergerakan lokomotor).

Permainan 4 : Invasion (Serangan / Kawasan) ~ Permainan sepasukan. Dalam jangkamasa tertentu, masuk ke dalam kawasan pihak lawan dan mengumpul mata. Contoh : bola sepak, bola keranjang, bola baling, hoki, ragbi etc.

Terdapat 2 kumpulan dalam 1 gelanggang. Cara membaling bola kepada rakan ialah dengan membaling bola ke belakang (tanpa melihat). Rakan yang telah berjaya menyambut bola tidak boleh bergerak (menukar gerak/arah kedudukan kaki  untuk membaling bola kepada rakan lain di belakang. Sebaliknya rakan yang perlu pergi menunggu dibelakang rakan yang memegang bola.



Cara memasukkan bola ke dalam gol ~ pemain perlu membongkok dan membaling bola ke dalam bakul melalui bawah kaki. Ketika menjaringkan gol, pihak lawan tidak boleh menghalang atau menepis bola.

Wednesday, February 22, 2012

Tengok Apa...???

jam 3 petang kelas kami yang biasanya di gimm bertukar di padang.. syiok gak sekali skala berubah angin.. walaupun berteduh di bawah pokok yang x berapa nak rendang, bahang panas kat sini sgt terasa.. serupa rase x dok bawah pokok..
buat apa kat sini..?? kami tgk orang.. tgk ramai orang.. biasa kami tgk muka-muka kami ja..  tapi paling best bila kami dpt tgk seseorang.. x sangka.. kami jumpa artis.. artis beb.. artis..

~

~

~

A'ARON AZIZ klas kami.. waaahhh.. nak sign.. hahahaha.. artis la sangat hang fik.. ce hang tepi sket.. ktorang tgh tgk orang nak lari lompat pagar nun.. sempena sukan tahunan ipg..