Saturday, February 11, 2012

Kelas Pergerakan Asas 8.2.2012

Aktiviti memanaskan badan : Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu ADIDAS dan CONVERSE. Setiap kumpulan membuat 1 barisan panjang berhadapan pihak lawan (dipisahkan oleh susunan bola-bola dalam gelung).

Kemahiran : Menyepak / menendang.
Aktiviti Permainan 1 : Apabila guru menyebut salah 1 nama kumpulan (CONVERSE), kumpulan tersebut akan lari melepasi jarak yang ditetapkan manakala kumpulan yang tidak disebut nama (ADIDAS) akan menyepak / menedang bola ke arah pihak lawan.

Kemahiran : Membaling
Aktiviti Permainan 2 : Apabila guru menyebut salah 1 nama kumpulan (CONVERSE), kumpulan tersebut akan lari melepasi jarak yang ditetapkan manakala kumpulan yang tidak disebut nama (ADIDAS) akan membaling bola ke arah pihak lawan.

Aktiviti Permainan 3 : Masih dalam kedudukan yang sama seperti di atas. Pelajar mengira nombor 1 hingga 6. Pelajar perlu ingat nombor masing-masing. Apabila guru menyebut nombor (contoh : 2 dan 5), pelajar yang memegang nombor 2 dan 5 dari kedua-dua kumpulan iaitu ADIDAS dan CONVERSE perlu mengambil / merebut bola yang berada di tengah. Kumpulan yang dapat mengambil banyak bola dikira pemenang.








Kemahiran : ........
ok.. ni aku x ingat.. main ape ye mase ni.. tolong remind beb.. ke x jadi main dengan bola nih..?








Kemahiran : Menggolek
Aktiviti Permainan : Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan. Pelajar perlu menggolek bola kecil mengenai sasaran iaitu bola besar dengan tujuan untuk menggerakkan bola besar tersebut sepaya masuk ke dalam gelung yang berada di tengah. Bola mana  yang masuk dulu, kumpulan itu dikira pemenang.





Kemahiran : Menggolek
Aktiviti Permainan : Permainan hampir sama seperti lawn ball. Setiap pelajar diberikan bola kecil mengikut warna kumpulan masing-masing iaitu merah, biru, hijau dan kuning. pelajar perlu menggolek bola ke arah bola besar. Bola kecil yang paling hampir dengan bola besar dikira sebagai pemenang (mengikut warna bola).


No comments:

Post a Comment