Friday, February 24, 2012

Kelas Pergerakan Asas 23.2.2012 (2)

Setiap pelajar membaling belon ke dalam gelung mengikut kumpulan masing-masing.


Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan. Setiap ahli kumpulan perlu membilang nombor 1 - 5. Apabila nombor disebutkan pemegang nombor tersebut akan membaling belon. Kumpulan yang belonnnya masuk paling banyak dalam gelung dikira pemenang.
Membaling belon melepasi ketinggian tali untuk memasukkan belon ke dalam gelung.


Pelajar dibahagikan kepada kumpulan merah, biru, kuning dan hijau. 2 otrang wakil setiap kumpulan akan masuk bermain dalam gelanggang. permainan seakan-akan bola baling.
Gol yang menjadi sasaran adalah gelung-gelung yang telah diletakkan di tengah-tengah. Gol (gelung) adalah mengikut warna kumpulan masing-masing. Sekiranya rumah kuning mahu menjaringkan gol, mereka perlu membaling belon ke dalam gelung berwarna kuning. Begitu juga dengan yang lain. 



Permainan berbentuk sasaran juga. Setiap pemain akan mendapat 1 gelung kecil. pemain pertama akan  membaling gelung kecil di kawasan tengah. Kemudian pemain lain akan cuba mendapatkan gelung kecil milik pihak lawan dengan cara membaling dan gelung itu perlu berada di atas (walaupun sedikit) gelung pihak lawan. Bila bertindih, pemain boleh mengambil gelung pihak lawan. Akhir permainan, kira kumpulan mana yang dapat mengumpul gelung yang paling banyak.

No comments:

Post a Comment