Pelajar dibahagikan kepada 3 kumpulan. Setiap kumpulan perlu mencipta pergerakan kreatif dengan menggunakan 1 peralatan wajib iaitu plastik sampah hitam yang besar (yang telah disambung-sambung). Alatan lain boleh digunakan sebagai alatan tambahan. Ketiga-tiga kumpulan telah membuat persembahan sketsa tanpa suara dengan tajuk yang berkaitan dengan nilai-nilai murni.
Kumpulan 1 ~ Tolong Menolong (tiada gambar)
Menggunakan plastik hitam sebagai papan hitam di mana sketsa bermula di sekolah dan terdapat guru yang mengajar. Terdapat beberapa orang murid yang nakal. Selepas tamat sesi persekolahan, murid-murid yang nakal bermandi manda di sungai (plastik hitam menjadi sungai). Kerana terlalu asyik, mereka lemas. Rakan yang sering dibuli di sekolah ternampak kejadian lalu datang menghulurkan bantuan. Kain hijau sebagai pengganti ranting kayu untuk menyelamatkan rakan yang lemas.
|
Kumpulan 2 ~ Tajuk : Rajin |
|
Plastik sampah menjadi kelambu (untuk tidur malam) dalam sketsa ini. Kain bewarna hijau menjadi padi (pergerakan bukan lokomotor dimana pelajar duduk melutut sambil menghayun kain ke kiri ke kanan dengan perlahan). Mengisahkan kisah hidup seharian orang kampung yang rajin bangun awal pagi untuk mencari rezeki di sawah bendang. Gelung digunakan untuk menampi padi. |
|
Kumpulan 3 ~ Tajuk : Persahabatan |
|
Dalam sketsa ini, plastik sampah hitam menjadi laut yang menjadi punca rezeki nelayan. Nelayan memegang batang kayu seolah-olah sedang mendayung sampan. Kisah hidup di kampung nelayan dimana terdapat juga rakan yang menampi padi menggunakan gelung rotan dan menumbuk padi menggunakan batang kayu panjang (seperti orang dulu-dulu). Malang tidak berbau nelayan diserang jerung. 2 ekor ikan jerung memakai kon biru di kepala (lihat gambar sebelum ini). Nelayan-nelayan itu hampir lemas dan ada rakan yang nampak tragedi tersebut lalu mereka datang menghulurkan bantuan atas nilai-nilai persahabatan. |
No comments:
Post a Comment