Thursday, February 16, 2012

Kelas Pergerakan Asas 16.2.2012 (2)


Tajuk : Pergerakan Kreatif

Pelajar memegang kain secara berpasangan.
Aktiviti 1 : Meng'alun' kain (membuat ombak) serentak dengan pasangan ~ dengan kedudukan berdiri.

Aktiviti 2 : Meng'alun' kain dari berdiri kepada duduk dan daripada duduk kepada berdiri. 

Aktiviti 3 : Menghayun kain ke atas sambil kaki bergerak step 1, 2, 3, 4 ke depan dan 1, 2, 3, 4 ke belakang.  Tujuannya untuk memastikan gelembung angin yang terjadi pada kain di udara akan turun dengan lebih perlahan.

Aktiviti 4 : Menghayun kain seperti di atas sambil berlari perlahan untuk bertukar tempat dengan pasangan.

Aktiviti 5 : Setiap pasangan pelajar duduk dan berdiri secara berselang seli sambil memegang kain bersama pasangan masing-masing. Tukar pergerakan daripada duduk kepada berdiri dan sebaliknya secara pantas.

Aktiviti 6 : Pelajar dan pasangan sama-sama memegang kain 1 tangan di atas dan 1 tangan di bawah. Penggunaan tangan di atas dan di bawah adalah BERBEZA oleh setiap pasangan.

Contonya seperti gambar ini. A (tangan kiri di atas) manakala B (tangan kanan di atas). 

Hasilnya kain akan terbentang sama seperti gambar di atas.

Aktiviti 7 : Pelajar dan pasangan sama-sama memegang kain 1 tangan di atas dan 1 tangan di bawah. Penggunaan tangan di atas dan di bawah adalah SAMA oleh setiap pasangan. Contohnya : A (tangan kanan di atas) manakala B  juga (tangan kanan di atas) 

Hasilnya kain akan terbentuk seperi riben.

Aktiviti 8 : 2 atau 3 pasangan pelajar perlu bergabung menjadi 1 kumpulan kecil dengan kedudukan bersilang.  Salah 1 pasangan perlu pertukar kedudukan (untuk tujuan kain mereka menjadi terikat dengan kain pasangan lain). Dengan kedudukan semua pelajar berdiri kain tersebut akan membentuk bunga. 

Aktiviti 9 : Pelajar berdiri dan duduk secara berselang seli. Tukar pergerakan  duduk  ~ berdiri secara pantas.
Aktiviti 10 : Pelajar (dengan kedudukan semua berdiri) bergerak ke kanan secara serentak. Kain boleh di angkat tinggi atau direndahkan separas pinggang). Pergerakan dibuat serentak atau boleh di selang seli (tinggi atau rendah kain). Tukar arah pergerakan ke kiri pula.

Aktiviti 11 :  Pelajar membuat bulatan besar menggunakan seluruh ruang yang ada. mula-mula pelajar dan pasangan sama-sama berdiri. Ombakkan kain. Kemudian pelajar berdiri dan duduk secara berselang seli. Tukar pegerakan duduk ~ berdiri secara pantas. Ulang juga pergerakan seperti aktiviti 6 dan 7.

Pelajar kembali pada kedudukan asal seperti aktiviti 1.

Ulang pergerakan yang sama seperti aktiviti 2, 3, 4 dan 5.

Pelajar kembali kepada bentuk bunga. Ulang pergerakan seperti aktiviti 8, 9, 10.

Ulang pergerakan step ke depan 1, 2, 3, 4 dan ke belakang 1, 2, 3, 4 (seperti aktiviti 3).

Pelajar kembali masuk ke bulatan besar. Kedudukan duduk ~ berdiri seperti dalam gambar.  Tukar pergerakan duduk berdiri dengan pantas.



** update soon : persembahan sketsa pergerakan kreatif ~ 3 kumpulan. (xde gambar lagi..)

No comments:

Post a Comment