Kelas hari ini berkaitan topik "Teaching Game for Understanding" (TGfU) ~ Model Bunker & Thorpe.
Pada tahun 2004, Webb and Pearson telah mengkategorikan permainan kepada 4 kategori utama :
1. Target
2. Striking / Fielding
3. Net / Wall
4. Invasion
Pelajar dibahagikan kepada 4 kumpulan mengikut kategori permainan di atas. Setiap kumpulan perlu mencipta 1 permainan baru mengikut kategori masing-masing.
|
Permainan 1 : Target ~ menempatkan objek pada sasaran atau mendekati sasaran untuk mendapatkan mata. Contoh : bowling, archery, golf. |
|
Permainan dinamakan Memburu Ketam |
|
Terdapat 2 kumpulan yang terlibat dalam 1 gelanggang. 1 kumpulan akan menjadi sang ketam berada di tengah-tengah. Kumpulan lawan pula akan berada di luar gelanggang (arah depan dan belakang sahaja ~ tidak boleh di tepi gelanggang). 4 biji bola besar akan digunakan untuk digolek ke arah sang ketam di dalam gelanggang. Sang ketam boleh mengelak (dengan cara bergerak mengesot kaki ke kiri atau ke kanan ~ di atas garisan sahaja. Sang ketam tidak boleh berlari) |
|
Permainan 2 : Striking / Fielding ~ Perlawanan yang melibatkan 2 pihak. Mengumpul mata melalui larian yang selamat dan berjaya selepas pukulan dalam masa atau pusingan yang ditetapkan. Contoh : baseball, softball, criket. |
|
Terdapat 2 kumpulan. 1 kumpulan akan menampar bola kemudian pemukul akan lari 1 pusingan melalui kon-kon yang telah ditetapkan. |
|
Sementara itu pihak lawan yang berada di luar gelanggang akan menangkap bola untuk dimasukkan ke dalam lubang tayar. Wakil pihak lawan yang dibenarkan berada dalam zon tayar hanya 2 orang. Dalam zon tayar pemain tidak dibenarkan berlari sambil membawa bola (mesti passing kepada kawan yang dekat dengan tayar, atau baling bola terus untuk masuk ke dalam lubang tayar. |
|
Pihak lawan yang berada di luar gelanggang pula akan menyabut bola menggunakan kain. Sekiranya bola dapat disambut dengan kain, maka pemukul dikira mati dan tidak boleh lari. |
|
Permainan 3 : Net / Wall ~ permainan dimainkan antara jaring atau atas dinding. Mengumpul mata melalui menghantar objek ke gelanggang pihak lawan dengan syarat objek tersebut tidak dapat dihantar balik dalam kawasan gelanggang. Contoh : badminton, squash, tennis, ping pong etc. |
|
Permainan bola tampar ala paralimpik ini menggunakan ruang yang kecil sahaja. Bilangan pemain adalah 4 atau 3 sebelah. Kon dan kayu di tengah-tengah menjadi net pemisah antara kedua-dua pihak lawan. Pemain tidak boleh berganjak dari tempat duduk asal (pergerakan lokomotor). |
|
Permainan 4 : Invasion (Serangan / Kawasan) ~ Permainan sepasukan. Dalam jangkamasa tertentu, masuk ke dalam kawasan pihak lawan dan mengumpul mata. Contoh : bola sepak, bola keranjang, bola baling, hoki, ragbi etc. |
|
Terdapat 2 kumpulan dalam 1 gelanggang. Cara membaling bola kepada rakan ialah dengan membaling bola ke belakang (tanpa melihat). Rakan yang telah berjaya menyambut bola tidak boleh bergerak (menukar gerak/arah kedudukan kaki untuk membaling bola kepada rakan lain di belakang. Sebaliknya rakan yang perlu pergi menunggu dibelakang rakan yang memegang bola. |
|
Cara memasukkan bola ke dalam gol ~ pemain perlu membongkok dan membaling bola ke dalam bakul melalui bawah kaki. Ketika menjaringkan gol, pihak lawan tidak boleh menghalang atau menepis bola. |
LECTURE SAYA MEMBERI TUGAS KEPADA SAYA SAMA SEPERTI YANG AKAK LAKUKAN... MOHON SHARE IDEA~~
ReplyDeletedin ruler : silakan..
ReplyDelete