Wednesday, February 15, 2012

Kelas Pergerakan Asas 15.2.2012



Tajuk : Pergerakan Kreatif
Tema : 1. Kesedaran Tubuh Badan
            2. Kesedaran Rintangan Kepada Beban Dan Masa
            3. Kesedaran Ruang
            4. Aliran Beban Badan Dalam Ruang Masa
            5. Penyesuaian Terhadap Kawan
            6. Penggunaan Tubuh Badan Sebagai Alat
            7. Lapan Lakuan Daya Asas
            8. Ritma-ritma Berkaitan Dengan Pekerjaan
  
Pelajar mendengar arahan daripada pensyarah.
Aktiviti memanaskan badan secara individu, berpasangan dan berkumpulan. Setiap pelajar diberikan 2 helai kain. Pergerakan kreatif dimulakan secara individu dimana setiap pelajar perlu membuat pergerakan mengikut kreativiti masing-masing. Kemudian menjadi bayang-bayang kepada pasangan. Seterusnya seorang ketua di hadapan dan rakan yang lain mengikut pergerakan secara berselang seli. 












Aktiviti kemuncak : Pelajar dibahagikan kepada 8 kumpulan. Gambar-gambar di atas menunjukkan pergerakan kreatif yang dicipta oleh kumpulan-kumpulan pelajar.  Setiap kumpulan diberi masa 15 minit untuk membincangkan pergerakan kreatif dengan memasukkan semua tema yang disebut seperti di atas ke dalam persembahan mereka. Persembahan diiringi muzik.


Aktiviti "cooling down" diketuai oleh pensyarah.  Pergerakan kreatif secara individu melibatkan  semua anggota badan terutama tangan dan kaki. Penggunaan ruang diri dan ruang am. Aktiviti juga melibatkan pertukaran pom pom dari tangan kanan ke kiri dan sebaliknya. Pergerakan dari berdiri kepada duduk dan duduk kepada berdiri. Aktiviti yang menarik ini diiringi dengan muzik.

Peserta tebaik.. SAZALI.. yeah.. hehehe..

No comments:

Post a Comment