Saturday, February 11, 2012

Kelas Pergerakan Asas 9.2.2012




Kemahiran : Membaling, menyambut. Mengelak dengan cara (mengilas, melompat, berlari).
Aktiviti memanaskan badan : Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil (1 kumpulan ~ 7 atau 8 orang). Setiap kumpulan membentuk bulatan dan 2 orang ahli perlu berada di tengah-tengah bulatan. Rakan yang berada diluar bulatan perlu membaling bola ke arah rakan yang berada di dalam dan bila terkena bola di kira mati. Bergilir-gilir dengan rakan lain.


Aktiviti memanaskan badan : Semua pelajar perlu berada dalam 1 bulatan yang besar di luar gelung rotang yang telah diatur. Dalam setiap gelung diletakkan 6 pundi kacang. Pelajar perlu berjalan mengelilingi gelung. Apabila wisel ditiup, semua pelajar berhenti dan pelajar yang berada betul-betul di hadapan gelung boleh mengambil 1 pundi kacang. ulang pergerakan hingga pundi kacang habis sepeti gambar di atas. akhir sekali kumpul pundi kacang yang dapat dipungut oleh setiap ahli kumpulan. kumpulan yang paling banyak adalah pemenang.





Kemahiran : Membaling
Aktiviti Permainan 1 : Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan. Permainan seakan-akan sama seperti permainan baling selipar atau baling tin. Seorang rakan perlu membaling bola ke arah sasaran iaitu kotak yang telah disusun mengikut warna. Jika bola mengenai sasaran dan ada kotak yang jatuh, rakan yang lain perlu lari ke dalam kawasan selamat iaitu dalam kawasan kon kuning atau merah (mengikut kumpulan masing-masing) sebelum kotak-kotak tersebut siap disusun. Sementara itu, pihak lawan perlu menyusun kotak mengikut keadaan asal dan boleh menghalang laluan bagi melengah-lengahkan ahli lawan sempat sampai ke zon selamat.

Aktiviti Permainan 2 : Permainan diubah sedikit di mana pundi kacang diletakkan dalam kedua-dua zon selamat. Pelajar yang berlari untuk masuk ke zon selamat perlu menghantar (konsep bersedekah) pundi kacang dalam zon mereka dan diletakkan dalam zon pihak lawan. Kemudian kembali ke zon selamat kumpulan mereka. semua itu mesti diselesaikan sebelum pihak lawan siap menyusun kotak mengikut keadaan asal.



Kemahiran : Menggolek
Aktiviti Permainan : Cara permainan hampir sama dengan permainan rounders. Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan kecil. Seorang pelajar akan menggolek bola ke arah bakul kecil dengan tujuan untuk menjatuhkan bakul besar yang berisi bola. Apabila bola dalam bakul sudah terkeluar, penggolek bola akan berlari sebanyak 1 pusingan melalui kon-kon yang telah diletakkan. Sementara itu pihak lawan akan berusaha memasukkan bola dan meletakkan bakul di tempat asal. Ulang sehingga peserta terakhir.



Kemahiran : Menggolek
Aktiviti Permainan : Ia seperti permainan hoki. alat ganti kayu hoki adalah tangan besar. Syarat permainan ini adalah pelajar boleh bebas bergerak dengan apa jua cara (contoh : merangkak,mengesot atau duduk sahaja) tetapi pelajar tidak dibenarkan berdiri semasa dalam permainan.



No comments:

Post a Comment